selamat datang~ahlan wasahlan~welcome to my blog



BISMILLAH-ANIMATION.gif

Adab ber’Doa yang Betul di sisi Islam

Nuurul Eiffah Binti Mohamad Noor | Jumaat, 17 Disember 2010 5:26 PG | 0 ulasan

Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.

Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan” .

Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar.

DOA SENJATA ORANG MUKMIN…. BERIKUT ADA PANDUAN TATA CARA BERDOA IAITU:

1) ANGKAT TANGAN KE PARAS DADA

2) RAPATKAN KEDUA-DUA BELAH TAPAK TANGAN

3) “APABILA URAT TANGAN BERTEMU IA AKAN MENJADI SEPERTI HURUF BA ب . TITIK BA TERLETAK DI HATI KITA. KEDUDUKANNYA RENDAH DARI TANGAN YG KITA TADAH. SETIAP HURUH HIJAIAH DIDALAM AL QURAN ADA MALAIKAT YANG MENJAGANYA. HURUF BA DIJAGA OLEH MALAIKAT BERNAMA ‘HAR HAYAAIL’. MALAIKAT INI AKAN MENGANGKAT DOA KITA TERUS MENGHADAP ALLAH TANPA SEBARANG PERANTARA. OLEH ITU BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN PENUH PENGHARAPAN.

4) DUDUKLAH DALAM KEADAAN SOPAN SEPERTI DUDUK IFTIRASY DAN DUDUK TAHIYAT AKHIR. JIKA BERDIRI TEGAKKAN BADAN BETUL-BETUL DAN JANGAN MENYANDAR / BERSANDAR.

5) SEPANJANG BERDOA, BANYAKKAN MEMUJI KEBESARAN ALLAH DAN MENYEBUT NAMA-NAMA ALLAH YANG LAIN YANG BERSESUAIAN DENGAN KEPERLUAN DOA KITA PADA MASA ITU. CTHNYA… JIKA BERDOA MOHON DIPERMUDAHKAN REZEKI, SEBUTLAH NAMA ALLAH AR-RAZAQ DAN DISUSULI JUGA DENGAN BERSALAWAT NABI SAW

6) BERDOALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH DARI HATI. GUNALAH BAHASA YG DAPAT DIFAHAMI KERANA ALLAH MAHA PENGASIH DAN SANGAT MEMAHAMI DAN MENDENGAR SEGALA BICARA TULUS HAMBA-HAMBANYA

7) AJARKANLAH ADAB BERDOA KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA SEDARI USIA KECIL KERANA INSYA ALLAH IA AKAN DAPAT MEMBENTUK PERIBADI BAIK DALAM KEHIDUPAN.

WALLAHU’ALAM……..

+ Artikel dirujuk dari penulisan Ustaz Abdullah Mahmud, Blog Mat Suboh dan Blog Firdee untuk perkongsian ilmu kepada umum.

Mandi Wajib atau Junub

Nuurul Eiffah Binti Mohamad Noor | 4:58 PG | 0 ulasan

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam

sumber: Oh! Islam

POTONG KUKU ikut SUNNAH NABI

Nuurul Eiffah Binti Mohamad Noor | 4:50 PG | 0 ulasan

Cara memotong kuku jari tangan:

Waktu memotong kuku:

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang ertinya:
“Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam.” (Hadis riwayat Muslim)

Diriwayatkan oleh Abu Sa‘id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud:
Bersabda Rasululloh Shallallahu ‘alaihi wasallam:

“Siapa saja yang mandi pada hari Jum‘at, memotong kuku, berwangian (memakai wangi2an) jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Jum‘at itu dan Jum‘at sebelumnya.”(Hadis riwayat Ahmad)

Ini bermakna kita digalakkan memotong kuku pada hari jumaat dan jangan simpan lebih dari 40 hari.

dan ini mengenai penjelasan memotong kuku semasa haid,nifas dan junub

Potong Kuku Semasa Haid – Ustaz Azhar Idrus

Petua Murah Rezeki

Nuurul Eiffah Binti Mohamad Noor | 4:41 PG | 0 ulasan

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11 . Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7). Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim). Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

+ Diambil dari blog Fairuz Sulaiman. Diberikan sentuhan indah oleh Oh! Islam.

Taubat pada-Mu

Nuurul Eiffah Binti Mohamad Noor | Rabu, 20 Oktober 2010 2:17 PG | 0 ulasan
Bismillahhirrahmanirrahim..

Alhamdulillah,Lafaz hamdallah buat Allah s.w.t ,salam serta selawat buat Nabi Muhammad s.a.w serta keluarganya seluruh sahabat baginda tidak lupa buat orang-orang soleh lagi bertaqwa.

bila sendiri hati terasa sunyi ,banyak perkara yang difikirkan,pelbagai hal yang mengundahkan,macam-macam yang dimuhasabahkan. Memikirkan segala tindak tanduk yang bakal dihisab di hadapan Allah,Tuhan Yang Esa,adakah segala yang dilakukan diterima-Nya?,adakah segala syarat dan rukun telah ditepati? ,adakah setiap yang dikerjakan disertai niat yang betul.? Ya Allah sesungguhnya hambaMu tidak lekang melakukan kesalahan,kesilapan dalam kelalaian mengingati-Mu, dalam kealpaan berhadapan dengan dunia tanpa disedari ditinggalkan amalan-amalan yang perlu dibawa ke akhirat sebagai bekal menuju-Mu..

  • Ya Allah...diriku ini penuh dosa,dosa yang tidak sengaja mahupun yang sengaja,adakah bagiku peluang,harapan untuk mendapat taubat dan maghfirah-Mu..walaupun diri ini telah berjanji untuk tidak akan kembali melakukan kesilapan,namun iman ini rapuh serapuh daun kering yang selalu dibawa angin tetap jua ku diulangi kesilapan yang sama...Ya Allah...Ya Allah...Ya Allah...aku pohon pada-Mu,aku masih mengharap keampunan dari-Mu,masih mengimpikan terbukanya pintu taubat buatku hamba-Mu yang mana hatinya penuh dengan noda-noda dosa...

  • Ya Allah..semoga pintu taubat-Mu masih terbuka untukku,semoga bagiku masih ada kesempatan dan ruang bagi segala dosa-dosaku untuk dimaafi dan diampuni. Kurniakanlah ketabahan,kesabaran,kesungguhan bagi menghadapi setiap bentuk cubaan dan ujian dalam menebus akan dosaku yang menggunung... Ya Allah,janganlah Kau mengujiku di mana tidak mampu untuk ku alami lagi tidak dapat aku galasi,sesungguhnya Engkau Maha Adil lagi Penyayang kepada hamba-hambaNya....

  • Ya Allah pada-Mu diriku mengadah tangan pohon maghfirah,aku berdoa semoga dosa kedua ibubapa ku diampuni,tidak lupa juga buat guru-guru yang telah memberikanku ilmu walaupun sekecil-kecil ilmu sejak aku kecil sehingga akhir hayatku,juga aku berdoa semoga umat nabi Muhammad s.a.w,diberikan petunjuk hidayah-Mu,semoga umat nabi Muhammad dikasihi-Mu,jua moga umat Nabi Muhammad diberikan keampunan-Mu... Ya Allah semoga kami termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman hanya pada-Mu.
Begitulah rintihan kita detiap hari,rayuan kita demi mengharapakan sebuah keampunan dari Sang Rabbul Izzah..Allah Tuhan yang Satu...Sebagai manusia kita dianjurkan untuk senantiasa memuhasabahkan diri dan mengingati mati, kerana kita tidak mengetahui bilakah ajal kita,di manakah kita akan dipanggil berjumpa dengan Sang Pencipta,sempatkah kita bertaubat atas segala kesilapan dan kekhilafan..sesungguhnya orang yang selalu memberikan peringatan buat dirinya dan orang yang lain,tiadalah rugi baginya kerna dirinya selalu dalam keadaan berjaga-jaga...setiap dari kita pasti akan pergi,hanya waktunya tidak kita ketahui,justeru marilah kita sama-sama menginsafi diri,mengharap seikhlasnya maghfirah pada Tuhan Sekalian Alam...

moga pintu taubat terbuka dengan luasnya di hadapan kita dan teruslah terbang menuju ke dalamnya tanpa menoleh ke belakang sebelum pintu taubat itu tertutup rapat...Tiadalah gunanya kita merintih dan menangis di luarnya mengharapkan ia buka kembali...kerna pasti saat itu kita sudah terlambat...

Keizzahan dan Kezuhudan Imam Syafie

Nuurul Eiffah Binti Mohamad Noor | 12:19 PG | 1 ulasan
Assalamualaikum..sebelum meneruskan coretan,pertama sekali bersyukur kepada Allah,Tuhan Sekalian Alam akan segala rahmat dan kasih sayangnya sehingga masih lagi diberi peluang untuk menikmati kehidupan di atas bumi yang penuh barakah ini untuk menimba ilmu,nikmat yang tiada nilainya bagi seseorang penuntut ilmu. Selawat serta salam buat Nabi Junjungan,Nabi kita Muhammad S.A.W serta seluruh ahli bait,para sahabat,para tabi' tabi'in dan seterusnya hamba-hamba Allah semoga dicucuri rahmat dan redha Allah Taala..

Sebelum membicarakan lebih lanjut perihal Imam Syafie,ada baiknya kita mengetahui latar belakang beliau.
Nama beliau,Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Beliau berketurunan Rasulullah kerana bertemu dengan moyang baginda dan juga berketurunan Quraisy daripada Bani Mutalib.
Beliau dilahirkan di kota Gaza Palestin pada bulan rejab tahun 150hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan,perginya Imam Hanafi kerahmatullah.

Sesungguhnya Imam Syafie meneruskan perjuangan dalam mencari kebenaran.

  • Antara keistimewaan Imam Syafie :
  • - Sebelum kelahiran beliau ,bonda Imam Syafie mendapat mimpi bahawa bintang telah keluar dari perutnya lalu ke angkasa dan terus menyinari kegelapan malam. Sesungguhnya kelahiran insan agung ini amat bermakna buat umat Islam khususnya.
  • Di masa Imam Syafie masih bayi, dalam bulan ramadhan beliau tidak mahu meminum susu ibunya,tanda beliau tidak mahu menyusahkan ibunya serta bagi menghormati bulan puasa kerana beliau juga ingin beribadah pada Allah,Subhanallah.
  • Imam Syafie juga ketika bayinya, tatkala mendengar bondanya mendendangkan ayat-ayat suci Al-Quran,beliau diam tanpa sebarang bunyi bagi mendengarkan ayat-ayat yang indah itu seolah-olah beliau memahami isi-isi kandungannya.
  • Imam Syafie di waktu umurnya setahun,beliau sudah boleh berjalan,dan apabila umurnya 2tahun,beliau sudah petah berkata-kata dan mampu membaca al-Quran dengan fasihnya,setelah umur beliau mencecah 9tahun, Imam Syafie sudah menghafal 30juzuk Al-Quran.
  • Di usia yang muda beliau rajin menuntut ilmu,di mana sahaja majlis ilmu pasti beliau akan menghadirinya tanpa rasa jemu,malah Imam Syafie bahagia bersama ilmunya,namun untuk mendapatkannya beliau hanya bertemankan pelepah tamar,kertas lusuh dan tulang-tulang bagi mencatatkan segala ilmu yang di perolehi di sebabkan kemiskinan. Walaupun begitu beliau tetap bersemangat untuk terus mencari mutiara-mutiara ilmu.
  • Imam Syafie mendalami ilmu Quran dengan Imam Ismail al-Qustantani di usia 9tahun,dan pernah menggantikan tempat gurunya sekiranya guru beliau memintanya.
  • Imam Syafie mempunyai suara yang amat merdu sehingga dapat mengasyikkan sesiapa sahaja yang mendengar suara beliau. Setiap kalimah pasti akan menusuk kalbu dan Al-Quran itu terasa lebih dihayati.
  • Imam Syafie menghafal 10,000 syair bani huzail atas kemahuannya di sebabkan minat dengan syair ketika beliau berguru dengan penyair terkenal pada masa itu iaitu Mus'ab bin Zubair.
  • Imam Syafie pernah kehabisan pelepah tamar dan dakwat,lalu dituliskan setiap ilmu yang disampaikan gurunya di atas tapak tangannya,dan beliau diteguri kerana gurunya menganggap beliau bermain-main sewaktu pengajian,lalu beliau menjelaskan kepada gurunya dan diuji akan tulisannya,ternyata tidak ada satu huruf pun yang tertinggal.
  • Imam Syafie menguasai ilmu hadis daripada gurunya,Imam Sufyan al-Ainiah/Uyainah.
  • Imam Syafie pernah menjawat jawatan mufti ketika beliau berusia 15tahun,dan beliau pernah diberikan kebenaran untuk berfatwa.
  • Imam Syafie telah menghafal kitab Al-Muwatta karangan Imam Malik hanya dalam masa yang singkat sebelum beliau berjumpa dengan Imam Malik.
  • Imam Syafie juga pernah berguru dengan anak murid Imam Abu Hanifah iaitu,Muhammad Hasan as-Syaibani dan Abu Yusuf sewaktu beliau ke Iraq.
  • Imam Syafie seorang yang pemurah,walaupun kehidupan beliau miskin namun beliau insan yang pemurah,tatkala beliau diuji oleh penduduknya sebelum beliau merantau ke madinah,seseorang telah memberikan beliau 100 dirham ,lalu beliau didatangi seorang yang minta ihsan kepadanya,tanpa berfikir panjang Imam Syafie terus menyeluk poketnya dan di berikan semua wang yang beliau ada,sebanyak 100 dirham,terbuktilah sifat pemurah Imam Syafie.
Imam Syafie juga mempelajari ilmu firasat daripada Maulana Arif sewaktu beliau di Yaman sebelum beliau menjadi Kadi di Yaman atas pelawaan Gabenor al-Malik. Imam Syafie sangt gemar merantau ke serata pelusuk demi mengembangkan syiar Islam,daripada Mekah pergi ke Madinah lalu menyusuri Iraq setelah itu menjelajah bumi Yaman dan banyak lagi. Sesungguhnya akhlak Imam Syafie seperti Rasulullah iaitu meliputi keperibadian seindah kalam-kalam Al-Quran.
Pernah satu ketika,semasa Imam Syafie ingin mencukur rambutnya sambil beratur menunggu giliran,dan tiba pada giliran beliau,pencukur tersebut telah mencukur rambut beliau setengah sahaja kerana di dahulukan seorang pelanggan. setelah itu barulah rambut beliau dicukur kembali,lalu Imam Syafie menanyakan pencukur tersebut; siapakah gerangan tadi? lalu dia menjawab,"sebentar tadi pembesar Harran,saya dahulukan pembesar tersebut kerana beliau akan membayar mahal". "Berapakah yang beliau bayar pada kamu?.",Imam Syafie kembali bertanya. Pencukur tersebut memberitahu bahawa pembesar tersebut membayar 5dirham. Imam Syafie lantas memberikan kepadanya 10dirham,lalu ditanyakan orang ramai di situ,mengapa Imam Syafie membayar mahal sedangkan beliau dilayan sebegitu rupa . Imam Syafie menjawab,itu adalah sebagai peringatan bahawa jangan melihat hanya kerna seseorang yang tampak miskin boleh dilayan sedemikian,lalu pencukur itu insaf dan tidak akan memilih kasih lagi. Setelah kejadian itu barulah orang mengetahui bahawa itu adalah Imam Syafie yang mereka nanti-nantikan untuk bertemu.

kewibawan Imam Syafie tersebar dimana sahaja baik ilmu yang dimiliki mahupun akhlaknya yang terpuji yang menjadi bualan sesiapa sahaja,tambahan pula beliau merupakan murid kesayangan Imam Malik dan guru-guru beliau yang lain,sesiapa yang melihat beliau pasti akan merasa kasih pada keizzahan Imam Syafie.
Banyak lagi kelebihan Imammuna Syafie,insyaAllah akan saya coretkan lagi kisahnya..
Marilah kita sama-sama menjejaki sifat-sifat Imam kita yang tersohor ini,semoga kita mengambil manfaat dan istifadah daripadanya.

Merajuk dengan Yang Maha Agung...

Nuurul Eiffah Binti Mohamad Noor | Isnin, 5 Julai 2010 12:33 PG | 0 ulasan

"kenapa ni sue? aku tengok kau ni macam ada masalah jer..,cerita la kat aku,insyAllah aku akan cuba tolong kau,sue",pinta lembut nadia ingin mengetahui punca kesedihan suhana. sue seorang remaja belasan tahun yang mana hidupnya kadang-kadang di rundung dengan musibah seperti yang di lalui manusia lain,namun dia tak pernah melatah dalam masalah yang di hadapinya,tapi hati manusia jika banyak dimainkan oleh akal,lagi disertakan bisikan api syaitan,ketika itulah iman seseorang akan di uji,hanya manusia yang kuat iman dapat mengatasinya.

kali ini sue sukar untuk menerima kenyataan atas apa yang telah berlaku kepadanya, selepas pemergian ayahnya,sue telah mengambil alih tugas bapanya selaku kakak yang sulong dalam keluarga,sue mempunyai 4orang adik dibawahnya,semuanya sudah bersekolah.. menjadi rutin bagi sue untuk membantu ibunya selepas pulang dari sekolah.. setiap petang pasti sue akan menghantar kuih ke gerai-gerai makan yang mengambil tempahan daripada ibunya..sekiranya ada waktu terluang,sue akan mengambil upah membasuh pinggan mangkuk di kedai-kedai makan yang tak jauh daripada rumahnya.

begitulah kehidupan seharian sue,tambahan pula pada waktu cuti,sue pasti akan lebih sibuk pada hari itu,dimana hari rakan-rakannya menghadiri kelas-kelas tambahan sebagai persediaan menhadapi pepriksaan spm. namun pun begitu,tidak menjadi halangan untuk sue mengulangkaji pelajaran pada tengah malamnya. setiap masa dimanfaatkannya supaya dia tidak ketinggalan dalam pengajiannya,kerana ini merupakan asas untuk dia membantu dalam menampung punca pendapatan keluarganya.

alangkah pilu hatinya,kini dia di uji dengan musibah yang amat berat untuk dia tanggung dan terlalu perit untuk dia lalui.ibunya terlantar di rumah akibat strok yang hampir melumpuhkan sebahagian badan dan tidak mampu untuk melakukan apa-apa pergerakan,sue buntu .hanya sue harapan ibu dan adik-adiknya.sue tidak tahu pada siapa untuk dia mengadu dan menceritakan beban masalah yang digalasnya,mujurlah ada nadia tempat untuk dia meluahkan segala yang dipendamnya.

'nadia,kau tahu kan ibuku dah lumpuh,sekarang aku terpaksa jadi ayah dan ibu untuk adik-adikku. aku tak kuat nadia",butir-butir kaca mengalir perlahan membasahi pipi.."aku tak pernah mengabaikan tanggungjawabku sebagai seorang islam,kenapa aku di uji sebegini rupa, aku rasa macam aku dah merajuk pada Dia,nadia",kini airmatanya deras mengalir,lalu cepat-cepat sue padamkan basahan di pipinya.
nadia menggosok bahu sue tanda meredakan kesayuan hatinya,"sabarlah sue,setiap manusia pati ada ujian yang akan menimpanya,itu tanda kasih Allah terhadap makhluk ciptaanNya",pujuk nadia agar duka sue bakal hilang.

"kau tak boleh nak merajuk dengan Pencipta kita nadia,siapalah kita untuk rasa macam tu, kau di uji kerna Allah sayangkan kau sue,Allah mahukan kau terus berserah padaNya,untuk kau lebih meminta padaNya supaya kau dekat denganNya. janganlah kau mudah tertipu dengan tipu daya syaitan yang mahu kau menyalahkan Allah atas apa yang kau alami",jelas nadia pada sue moga sue sedar akan kesilapannya dalam dia menduga Tuhan Pencipta sekalian alam.

sue lebih tenang selepas mendengar bait-bait nasihat sahabat baiknya. baginya setiap apa yang menimpa ada hikmah yang terselindung disebaliknya. pasti akan ada jalan penyelesaian pada setiap masalah. dalam benak fikirannya hanya yakin pada Allah tanpa mempersoalkan sebarang keraguan terhadap segala ujian yang bakal ditempuhinya.

alhamdulillah berkat doa dan munajatnya pada Allah,hidupnya kini bersama keluarga lebih selesa daripada sebelumnya. sue mendapat bantuan daripada pelbagai pihak. tak perlulah untuk dia meninggalkan persekolahan demi mencari sesuap nasi untuk keluarga tercinta. tambahan pula,sue telah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang dalam sekolahnya. berkat usaha dan tawakkal yang tinggi,Allah telah membrikan kejayaan buat sue kerana sue ANAK YANG SOLEHAH.

p/s : daripada bingkisan cerita di atas,terdapat mesej yang ingin disampaikan..sebagai manusia yang bergelar khalifah di alam maya ini,tidak sewajarnya kita menuding jari atau mempertikaikan segala cabaran yang kita hadapi walaupun kita seorang hamba yang taat pada perintah -Nya...setiap apa yang berlaku adalah kehendak-Nya untuk membawa kita lebih dekat dalam mengabdikan diri pada-Nya..tidak perlulah untk kita merajuk dengan apa yang kita alami yang kita sangkakan amalan kita sudah mncukupi buat -Nya,ternyata kita sememangnya silap...lagi banyak dugaan yang Allah lemparkan pada kita sebenarnya tanda Dia ingin hamba_Nya mencari redha dan maghfirah-Nya kerana mungkin kita terlalu leka dan lalai dalam mengejar dunia..atau mungkin Allah untuk menguji tahap keimanan kita,adakah iman kita setinggi planet di cakerawala atau mungkin serendah paras negatif...setiap cubaan dan dugaan adalah anugerah,tanda kita masih dikasihi-Nya...oleh itu hargailah ia walaupun perit untuk dirasai..sekian..wallahua'lam..

kelemahan yang menghantui

Nuurul Eiffah Binti Mohamad Noor | Isnin, 28 Jun 2010 12:44 PG | 0 ulasan

setiap manusia yang dilahirkan pasti mempunyai kelebihan dan kelemahan diri. Masing-masing dapat merasainya..hanya kita yang boleh memahami ,mengenali,menganalisis diri kita sendiri,orang lain hanya boleh menilai tahap kemampuan kita bergerak menuju apa yang kita lalui.

kelemahan yang ada pada diri ini,lemah untuk tampil ke hadapan,maksud aku..aku tak mempunyai keyakinan diri untuk meluahkan kata-kata,menuturkan kalimah2 di depan rakan2 bilamana adanya pembentangan ilmiah...aku terasa bagai jantungku dihempap dengan benda berat..hanya Allah yang tahu...mungkin kesukaran aku ni berpunca dengan aku kemahuan aku sendiri..aku tidak di ajar utk berhadapan dengan org ramai sejak aku kecil lg..bila dah tua ni baru nak bergiat rasa bagai dipanah selumbar jer...

orang kata...bila kita cuba 2,3 kali untuk maju ke depan..insyaAllah rasa tu akan hilang...tapi ia amat sukar untuk aku lakukan..bila diminta untuk melontarkan pendapat..minda ku terasa kosong..tidak tahu untuk berkata apa-apa...astaghfirullah..teruknya aku...kadang-kadang terfikir jugak..kalau diberikan aku dialog or skrip mungkin aku boleh bercakap..yelah sebab berpandukan skrip yang aku hafal..erm kalau mcm tu baik jadi pelakon...tapi tak boleh jugak sebab tak cukup feeling pulak,tp bidang ni tak pernah menjadi matlamat aku...

matlamat aku untuk membantu masyarakat yang dahagakan ilmu agama...tapi persoalannya.. adakah aku mampu?"dimana ada kemahuan,disitu ada jalan"kan...jalan tu belum aku temui..Ya Allah,tunjukkanlah padaku jalan itu..jalan dimana dapat merealisasikan impianku dengan meniti di atas titian syariat-Mu...

walau macammana sekalipun...aku bersyukur dengan rahmat Ilahi,aku memiliki tubuh badan yang sempurna untuk aku lebih taat dan berupaya melaksanakan perintah-Nya...kelemahan yang ada pada aku,samada aku tak pandai nak cakap ka,tergagap ka,atau orang xfaham apa yang aku cakap,aku redha atas segalanya..tp di sebalik kelemahan ini,menunjukkan manusia memang tak sempura,no body perfect..kadang tu rasa malu pun ada,tak kan sepatah dua xboleh nak cakap...apa boleh buat,aku tak mampu,mungkin aku belum bersedia untuk berubah..

apa-apa pun,semuanya atas diri sendiri kan...kalau kita tak mahu mencuba memang salah sendiri,sebab tak mahu berubah...salahkan diri sendiri adalah lebih baik daripda memberikan pelbagai alasan untuk melarikan diri daripada dikata atau di cop"org yang tak mampu kedepan"..tapi itu memang realiti bagi aku,kalau boleh aku nak bantu masyarakat disebalik tabir je...mungkin yang tu terbaik...all the best to me...;)

bila hati ingin berbicara

Nuurul Eiffah Binti Mohamad Noor | 12:29 PG | 0 ulasan

kenangan abadi


duhai kasih dalamilah dasar hatiku...

andai diri ini diberi peluang untuk memilih antara derita atau bahagia....

antara sedih atau gembira....antara membisu atau berbicara .....

jika derita yang ku alami dapat membahagiakan dirimu....akan ku pilih derita itu....

jika sedihku dapat mengukirkan senyuman diwajahmu....akan ku korbankan segala gembiraku untukmu....

jika bicaraku menggusarkanmu ...akan ku diam membisu jika itu dapat memberikan ketenangan buatmu....

sayang....

ku ingin menyelami kalbumu di saat manis dan pahit....

mengamati suka tawamu di saat kita bersama....

sentiasa dalam pelukanmu di saat tidurku...

berada disisimu sepanjang hayat adalah harapanku ...

sayang....

ku tahu akan betapa diri ini selalu membebanimu...

betapa diriku membuatkanmu kecewa dengan sikapku...

bukan niat dihati untuk menyakitimu,menggasarimu,melukaimu...

tak terdaya untukku mengawal emosiku padamu....

hanya rasa cinta yang menguasaiku ...

sehingga diriku terlalu sensitif tika dirimu bersuara....

ketahuilah kasihku padamu hanya Tuhan yang tahu...

rinduku padamu di tiap detik yang berlalu....

belum pernah kurasakan kehangatan cinta sebegini....

sehangat cintaku padamu sayang...

maafkanku jika duri yang ku lemparkan hingga mencalari batinmu....

maafkan diriku jika pedih duri itu sukar untukku ubati....

tetap akan ku cuba pulihkan sanubarimu semampuku....

akan ku cabut duri dihatimu...merawat pedih luka batinmu....

akan ku tanam benih cinta kita sebagai penawar kalbumu sayang....

memori yang kekal dalam benak akalku tika...

saat kita di ijabkabulkan,terbinalah kenangan abadi buatku...

kenangan yang tak akan pernah padam di saat diriku bergelar "isteri"

Masalah Mirath (gharawiyatayn)

Nuurul Eiffah Binti Mohamad Noor | Ahad, 27 Jun 2010 5:20 PG | 0 ulasan

MASALAH MIRATH YANG DI ADAPTASIKAN DALAM BENTUK CERPEN

Sebenarnya masa ni tengah dalam nak dapatkan sanad mirath...jadi ada syaratnya..antaranya kena buat artikel dalam masalah mirath...ikuti cerita ini walaupun tak pandai menulis kenalah cuba buat jugak.....nanti kalau ada yang nak komen..silakan...


“Prangg”,
Kedengaran bunyi sesuatu di ruang tamu. Tidak semena-mena suara Asyraf memecah suasana sepi.
“Hei Mira,apa yang kau buat ni? Kau ingat aku ni cop duit ka ha!!! Siang malam susah payah aku cari duit nak bagi kau makan,senang-senang je kau pecahkan ya!!” “Pang”,tangan kasar Asyraf melayang pantas ke pipi gebu isterinya.
“Abang,maafkan Mira. Mira tak sengaja”,rintih Mira.
‘Tak sengaja kau cakap? ,Mata kau letak kat mana? Kat lutut? Pasu sebesar ni pun kau tak nampak”,sekali lagi Mira ditampar dengan teruk.
Mira hanya mampu menangis tanpa sebarang ungkapan.
Begitulah keadaan rumahtangga mereka setiap hari. Tangisan Mira bukan lagi menjadi perkara luar biasa bagi jiran-jiran tetangganya. Suami Mira acapkali mencari kesalahan isterinya,biarpun sekecil mana kesalahan itu. Perkahwinan yang terjalin di antara mereka bukanlah berdasarkan percintaan tetapi pilihan kedua ibu bapa Asyraf,kerana bersimpati dengan Mira yang hidup sebatang kara. Asyraf sememangnya anak yang taat ,baginya ibu bapa adalah segalanya,lebih-lebih lagi Asyraf adalah anak tunggal. Oleh itu,Asyraf tidak sanggup untuk membantah sebarang permintaan kedua orang tuanya.
Segala kesedihan dan keperitan yang ditanggung Mira hanya dapat dipendam sahaja. Biapun setiap hari Asyraf memperlakukannya sebegitu,namun dia tidak pernah mengadu kepada mertuanya. Tangisan demi tangisan menyelubungi diri Mira,sungguhpun Mira tidak terdaya menahan derita yang dialaminya, cintanya terhadap suaminya masih utuh. Mira yakin dengan berkat doanya,suatu hari nanti suaminya pasti akan dapat menerima kehadirannya dan menyayanginya sebagai seorang kekasih yang bergelar isteri.
Mak Mah,salah seorang jiran yang mengambil berat akan Mira. Mak Mah tahu Mira tidak bahagia bersama Asyraf,tetapi jawapan yang sering diberikan Mira,
“Biasalah, sudah menjadi lumrah orang yang berumah tangga, Mak Mah. Suami Mira baik,kalau dia marahkan Mira ,pasti Mira ada melakukan kesilapan”.
“Tapi Mira, takkan setiap hari Mira buat salah?”,tanya Mak Mah inginkan kepastian daripada Mira.
Mira terdiam seribu bahasa dengan persoalan itu. Mira hanya membiarkan persoalan itu tanpa sebarang jawapan. Dia tidak mahu mendedahkan aib suaminya,biarlah dia menanggung sendirian kesakitan duka berdarah dijiwanya. Sebulan telah berlalu pergi,rumahtangga mereka tetap seperti dulu. Hari demi hari Mira bermunajat pada Ilahi agar masih ada sekelumit sinar bahagia buat mereka.
Suatu petang yang hening,sekembalinya Asyraf dari tempat kerjanya,Mira terus mendapatkan suaminya seperti biasa,tetapi kali ini eksperisi wajah Asyraf berlainan sekali. Wajahnya tampak manis dengan senyuman yang indah terpateri dibibirnya. Dalam keasyikan lamunan Mira,tanpa disedari Asyraf bersuara,
“Mira sayang,hari ini kita makan diluar ya?”.
Suara hati Mira berdialog,
“Adakah benar apa yang aku sedang dengar ni?,Betulkah Asyraf memanggil aku `sayang’ atau aku yang sedang bermimpi?”.

Betapa girangnya hati Mira sehingga dia tidak dapat lagi menahan air mata kegembiraan mengalir dari kelopaknya. Saat-saat yang selama ini dinantikannya kini menjelma jua akhirnya. Segala kesabaran yang ditanggungnya selama ini membuahkan hasil yang cukup bermakna buat dirinya,Mira bersyukur pada Rabbul Izzati. Pada petang itu,mereka mula membina memori dan kenangan indah bersama di saat mereka mencipta bahagia abadi. Perubahan pada diri Asyraf amatlah tidak disangka-sangka oleh isterinya mahupun jiran tetangga. Kini hari-hari yang dilalui ditempuhi dengan gelak tawa dan senda gurau,serta suka duka dikecapi bersama. Mira bahagia sekali dengan kehidupannya sekarang, Asyraf sememangnya suami yang penyayang.
Tetapi,segala kebahagiaan yang tercipta berakhir dengan pemergian Asyraf kerahmatullah. Bahagia yang dipinta selamanya kini menjadi mimpi semata,harapan yang dibina kini punah semuanya. Selepas pemergian suaminya,Mira menjumpai sepucuk warkah yang tertera namanya diatas sampul tersebut,“Buat Mira, isteriku”. Warkah itu tertulis di dalamnya:
Buat isteri yang kusayangi,
Ketika dirimu membaca warkah ini,abang sudah tiada lagi disisimu. Maafkan segala kesalahan yang telah abang lakukan terhadapmu,langsung tidak terniat dihati ini untuk menyakitimu sayangku. Apa yang telah abang lakukan hanyalah semata-mata untuk membuatkan Mira membenci abang supaya Mira berpisah dengan abang. Apakan daya, abang tidak mampu untuk menjagamu Mira,disaat hidup abang yang sesingkat ini disebabkan kanser yang abang alami buat sekian lamanya tanpa diketahui sesiapa. Abang tidak mahu nanti Mira akan bersedih akan pemergian abang,tetapi apa yang abang lakukan selama ini adalah sia-sia,Mira tidak pernah untuk membenci malah Mira lebih bersabar dengan sikap abang. Hanya Tuhan sahaja yang mengerti betapa pilunya hati ini apabila melihat Mira disakiti oleh abang sendiri.
Mira,
Abang sudah menyayangimu sejak kita disatukan lagi,tapi kebahagiaan yang kita kecapi hanyalah sementara. Seandainya Mira berpisah dengan abang dulu mungkin Mira tidak sesedih ini. Terima kasih kerana setia mencintai abang yang lemah ini. Selepas abang tiada lagi di dunia ini,uruskanlah harta abang dan jagalah kedua ibu bapa abang sebaiknya. Maafkan abang kerana meninggalkanmu disaat dirimu memerlukan abang, tapi takdir menentukan segalanya. Semoga Mira tabah dengan segala dugaan yang bakal mendatang.
Yang mengasihimu,
(Suamimu,Asyraf Amin)
Tiada kata yang dapat diungkap setelah membaca warkah suaminya,betapa hibanya perasaan Mira mengenangkan kesakitan yang dialami Asyraf. Kini baru Mira mengerti mengapa Asyraf bersikap dingin dengannya. Rupanya,penderitaan yang dialami berselindung disebalik suka dukanya. Sebulan telah berlalu,kini Mira mahu menunaikan hasrat suaminya untuk menguruskan harta peninggalan yang berupa wang tunai sebanyak RM205,000.00. Setelah ditolak dengan kos perbelanjaan kelengkapan pengurusan jenazah dan pembayaran hutang-hutang si mati,wang yang tinggal untuk dibahagi adalah RM200,000.00.Mira telah membuat temu janjinya bersama seorang peguam syariah yang profesional dalam bidang pembahagian harta. Peguam tersebut dijemput hadir kerumahnya untuk membahagikan wang tersebut kepada ibu bapa Asyraf dan buat dirinya. Hari yang ditunggu telah tiba,Mira bersama kedua mertuanya berkumpul diruang tamu bersama dengan peguam yang telah diundang.
Setelah mengenal pasti ahli waris yang ada,peguam tersebut memberitahu masalah ini dinamakan “Gharrawiyyatayn”dimana ahli waris hanyalah dikalangan mereka yang terdiri daripada ayah dan ibu si mati dan isteri si mati. Mira mendapat ¼ daripada harta kerana tidak mempunyai anak menjadikan wang yang akan diperolehinya sejumlah RM50,000.00. Ibu mertuanya mendapat 1/3 baki daripada wang yang tinggal berjumlah RM50,000.00 manakala ayah mertuanya memperolehi baki daripada harta sebanyak RM100,000.00.
Apabila selesai menguruskan wang suaminya, Mira berterima kasih kepada peguam tersebut. Kini kedua mertuanya dijaga baik olehnya. Ibu bapa Asyraf tidak lagi tinggal di kampung kerana Mira ingin menjaga mereka sepenuh masanya. Kehidupan Mira kini lebih stabil dan dia bahagia bersama kedua mertuanya.

Karakter Isteri Dari Kaca Mata Suami

Nuurul Eiffah Binti Mohamad Noor | Ahad, 28 Mac 2010 12:25 PTG | 0 ulasan

Cabaran sebenar bagi setiap wanita ialah setelah bergelar isteri dan ibu. Ketika ini, setiap wanita perlu menitikberatkan soal bagaimana untuk menambat hati suami dan sekali gus menjadi isteri yang dcintai suami selama-lamanya.

Namun sayangnya, ramai wanita yang lupa peranan sebenar mereka setelah mendirikan rumah tangga. Setelah berkahwin, ramai yang sudah lupa untuk memikat hati suami termasuk dari segi penampilan budi bahasa, rasa hormat dan banyak lagi.

Berikut adalah ciri-ciri yang harus ada pada setiap isteri yang diingini dan dicintai oleh suami:-

1. Akur pada suami. Sentiasa jujur, ikhlas dan taat pada suami.

2. Berkelakuan baik terhadap suami. Jangan menyakiti hati suami dengan tingkah laku, bahasa ataupun tindakan. Sebaliknya, menjadi isteri yang 'melegakan' setiap kali suami pulang ke rumah. Jangan sampai suami menderita makan hati dalam diam. Sifat yang harus dielak ialah berleter, budy body ataupun bermasam muka.

3. Jangan bebankan suami. Ada isteri terlalu 'demand', meminta itu dan ini sehingga suami pening kepala untuk memenuhi kehendak dan impian isteri. Jangan sampai suami terpaksa menerima rasuah atau salah guna kuasa semata-mata ingin memenuhi permintaan isteri.

4. Sentiasa bersolek untuk suami. Ramai isteri tidak suka bersolek di rumah malah ada yang kelihatan selekeh. Ada isteri yang merasakan mereka sudah tua dan tidak perlu bersolek hatta mengenakan sedikit gincu untuk kelihatan cantik di mata suami. Sedangkan menjadi fitrah lelaki sukakan kecantikan terutama melihat seorang wanita yang menawan. Walaupun suami tidak pernah bersungut tetapi hakikatnya mereka suka melihat jika isteri bersolek seadanya agar sentiasa kelihatan manis dan menarik. Sebolehnya, ubah imej mengikut citarasa suami.

5. Suka sanggah dan menolak permintaan suami. Jangan biar malaikat melaknat isteri yang menderhaka atau sering menyanggah cakap suami.

6. Sentiasa mengingatkan dan berpesan pada suami dalam apa jua perkara.

7. Perlu ada rasa takut dan hormat pada suami. Ia dapat elak daripada buat perkara tidak baik.

8. Jangan membelakangkan suami. Mesti minta izin suami terlebih dahulu walaupun tahu suami tidak marah. Ia sebagai cara menghormati suami. Biarpun perkara kecil, setiap isteri perlu menjaga hati suami.

9. Jaga harta suami. Ia adalah amanah kepada setiap isteri dan jangan sesekali menyalah guna ataupun menggunakannya untuk kepentingan sendiri.

10. Isteri kena minta maaf segera jika buat salah atau menderhaka pada suami. Jadikan ia amalan biasa dan jangan sesekali lengahkan, buat tidak tahu ataupun tunggu Hari Raya untuk minta maaf. Sesungguhnya isteri sebegini sentiasa dilaknat para malaikat.

11. Solat bersama suami. Jangan hanya tunggu apabila ada masalah, sebaliknya jadikan ia amalan harian untuk merapatkan hubungan dan mengelakkan menderhaka kepada suami.

12. Jangan perkecilkan pemberian suami biarpun tidak seberapa. Sebaliknya kena berterima kasih dan hormati diri nya sebagai suami terutama bagi isteri yang berkedudukan dan berkerjaya tinggi.

13. Perlu bermuka manis dan senyum pada suami. Isteri sedemikian akan dimuliakan di akhirat.

14. Pandang muka suami bila bercakap. Lihat dan tenung dengan penuh kasih sayang. Ia lebih dekat di hati. Bukan bercakap membelakangkan atau sambil buat kerja.

15. Jangan bawa virus barah (pergaduhan) dalam rumah tangga. Jangan biar suami berubah hati dan mencari wanita lain. Awas! punca suami kahwin lain ialah kerana ada benda yang tidak ada pada isteri.

16. Jangan terlalu kongkong suami. Beri kebebasan dengan batasan yang wajar. Jangan kerana terlalu prasangka sampai asyik telefon bertanya suami di mana, sentiasa bertekak, check telefon suami hingga suami tiada privasi.

17. Urut badan suami selepas balik kerja. Walaupun penat tetapi satu-satunya cara memikat suami ialah dengan memberi sentuhan pada suami.

18. Jaga makan minum suami. Guna ayat-ayat al-Quran dan bukannya bomoh untuk menambat hati suami. Ingatlah doa adalah lebih mujarab. Hulurkan segelas air setiap kali suami pulang dari kerja.

Sayidatina Fatimah ra : Penghulu Wanita Syurga

Nuurul Eiffah Binti Mohamad Noor | 12:11 PTG | 0 ulasan
Dia besar dalam suasana sulit. Ibunya meninggal saat ia masih terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu, dialah yang mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga seperti memasak, mencuci, mengemas rumah dan membereskan berbagai keperluan ayahandanya, Rasulullah saw.


Di balik kesibukan itu, dia juga adalah seorang yang paling kuat beribadah. Keletihan yang ditanggung akibat seharian bekerja menggantikan tugas ibunya yang telah pergi itu, tidak menghalangi Sayidatina Fatimah dari bermunajat dan beribadah kepada Allah SWT. Malam- malam yang dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan siangnya dengan sholat, puasa, membaca Al Quran dan lain-lain. Setiap hari, suara halusnya mengalunkan irama Al Quran.

Ketika ia berusia 18 tahun, dia dinikahkan dengan pemuda yang sangat miskin hidupnya. Bahkan oleh kemiskinan itu, untuk membayar mas kawin pun, suaminya tidak mampu lalu dibantu oleh Rasulullah SAW.

Setelah berkahwin, kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Suaminya Sayidina Ali merupakan orang kepercayaan Rasulullah SAW yang diamanahkan untuk berada di barisan depan dalam pasukan kaum muslimin. Dengan demikian, Sayidatina Fatimah pun sering ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang berbulan-bulan lamanya. Namun dia tetap ridha.

Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian mesra daripada seorang suami. Namun bagi Sayidatina Fatimah ra, saat-saat berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah SWT untuk mencari kasih-Nya, melalui ibadah-ibadah yang ia lakukan. Sepanjang kepergian Sayidina Ali itu, hanya anak-anak yang masih kecil menjadi temannya. Nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Umi Kalsum diusahakan sendiri. Untuk mendapatkan air, dia berjalan jauh dan mengambil air dari perigi yang 40 hasta dalamnya, di tengah sinar matahari di atas padang pasir. Kadangkala dia harus menahan lapar sepanjang hari. Bahkan ia sering juga berpuasa dan menjadikan tubuhnya kurus hingga menampakkan tulang di dadanya.

Pernah suatu hari, ketika ia sedang asyik bekerja menggiling gandum, Rasulullah datang berkunjung ke rumahnya. Sayidatina Fatimah yang amat keletihan ketika itu lalu meceritakan keperitan hidupnya kepada Rasulullah SAW. Betapa dirinya telah bekerja keras, menyaring tepung, mengangkat air, memasak serta melayani keperluan anak-anak. Dia berharap agar Rasulullah dapat menyampaikan kepada Sayidina Ali, kalau mungkin boleh disediakan untuknya seorang pembantu rumah.

Rasulullah saw merasa kasihan terhadap penanggungan anakandanya itu. Namun baginda amat tahu, sesungguhnya Allah memang menghendaki kesusahan bagi hamba-Nya sewaktu di dunia untuk membeli kesenangan di akhirat. Mereka yang rela bersusah payah dengan ujian di dunia demi mengharapkan keridhaan-Nya, mereka inilah yang mendapat tempat di sisi-Nya.

Lalu, dipujuknya Fatimah r.a sambil memberi harapan dengan janji-janji Allah. Baginda mengajarkan zikir, tahmid dan takbir yang apabila diamalkan, segala penanggungan dan bebanan hidup akan terasa ringan.

Ketaatannya kepada Sayidina Ali menyebabkan Allah SWT mengangkat darjatnya. Sayidatina Fatimah tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka. Ia juga tidak meminta-minta hingga menyusahkan suaminya.

Dalam kondisi itu, kemiskinan tidak menghilangkan semangat Sayidatina Fatimah untuk selalu bersedekah. Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberi sesuatu, meskipun dirinya sendiri sering kelaparan. Memang cocok sekali pasangan Sayidina Ali ini kerana Sayidina Ali sendiri lantaran kemurahan hatinya sehingga diberi gelar sebagai 'Bapa kepada janda dan anak yatim' di Madinah.

Namun, pernah suatu hari, Sayidina Fatimah telah menyebabkan Sayidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyadari kesilapannya, Sayidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali. Apabila dilihatnya air muka suaminya tidak juga berubah, lalu dengan berlari-lari seperti anak kecil dia mengelilingi Sayidina Ali dan meminta dimaafkan. Melihat aksi Sayidatina Fatimah itu, tersenyumlah Sayidina Ali lantas memaafkan isterinya itu.

"Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkanmu, niscaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu," Rasulullah SAW memberi amaran kepada puterinya itu apabila perkara itu sampai ke pengetahuan baginda.

Begitulah kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah SWT sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sangat lembut saat berhadapan dengan suami. Apa yang dilakukan Sayidina Fatimah itu bukan menggerutu, marah-marah, meninggikan suara, bermasam muka, atau yang lain yang akan menyusahkan Sayidina Ali ra.

Semasa perang Uhud, Sayidatina Fatimah telah ikut dan merawat luka Rasulullah. Dia juga turut bersama ayahandanya, Rasulullah saw, semasa peristiwa penaklukkan Kota Makkah dan ketika Rasulullah mengerjakan 'Haji Wada' pada akhir tahun 11 Hijrah. Dalam perjalanan haji terakhir ini Rasulullah SAW telah jatuh sakit. Sayidatina Fatimah tetap di sisi ayahandanya. Ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah ra yang membuatnya menangis. Kemudian Nabi SAW membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum.

Dia menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda. Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa dialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa', gembiralah hatinya. Sayidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan setelah kewafatan Nabi SAW, dalam usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi', Madinah.

Begitu wanita yang utama, agung dan namanya harum tercatat dalam al-Quran. Hidupnya penuh dengan kesulitan. Allah mentakdirkannya seperti itu kerana Dia tahu bahwa dengan kesusahan itu, hamba-Nya akan lebih dekat kepada-Nya. Begitulah juga dengan kehidupan wanita-wanita agung yang lain. Mereka tidak sempat melakukan kesombongan dan membanggakan diri atau bersenang-senang. Sebaliknya, dengan kesusahan dan kesulitan itu mereka dididik oleh Allah untuk sentiasa merasa sabar, ridha, takut dengan dosa, tawadhuk (merendah diri), tawakkal dan lain-lain.

Ujian-ujian itulah yang sangat mendidik mereka agar bertaqwa kepada Allah SWT. Justeru, wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadap-Nya, dan amat bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya. Meskipun untuk itu diri mereka menderita.

isteri penderhaka kepada suami

Nuurul Eiffah Binti Mohamad Noor | 11:56 PG | 0 ulasan


Perkara yang menjadikan isteri penderhaka kepada suami :



- Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.

- Keluar rumah tanpa izin suami sama ada suami ada di rumah ataupun tidak.

- Keluar rumah untuk belajar ilmu yang bukan fardu ain.

- Enggan mengikut suami berpindah.

- Mengunci pintu atau tidak membenarkan suami masuk ke rumah.

- Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami.

- Minta diceraikan suami.

- Bercakap kasar atau lambat menyahut (menjawab) pertanyaan suami.

- Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.

- Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.

- Meninggalkan tempat tidur.

- Membenarkan masuk ke rumah orang yang tidak disukai suami.

RENUNGAN PARA SUAMI DAN ISTERI

Nuurul Eiffah Binti Mohamad Noor | 11:38 PG | 0 ulasan

Renungan Para Suami dan Isteri
Fikir sejenak..

Buat Suami,
"Apakah membebanimu wahai hamba Allah, untuk tersenyum dihadapan isterimu dikala anda masuk bertemu isteri tercinta, agar anda meraih pahala dari Allah?!

Apakah membebanimu untuk berwajah yang berseri-seri tatkala anda melihat anak dan isterimu?

Apakah menyulitkanmu wahai hamba Allah, untuk merangkul isterimu, mencium pipinya serta bercumbu disaat anda menghampiri dirinya?!

Apakah memberatkanmu untuk mengangkat sesuap nasi dan meletakkannya di mulut isterimu, agar anda mendapat pahala?!

Apakah terlalu susah, kalau anda masuk rumah sambil mengucapkan salam dengan lengkap agar anda meraih 30 kebaikan?!

Apa yang membebanimu, jika anda menuturkan untaian kata-kata yang baik yang disenangi kekasihmu, walaupun agak terpaksa, dan mengandungi bohong yang dibolehkan?!! Tanyalah keadaan isterimu di saat anda masuk rumah! Apakah memberatkanmu, jika anda menuturkan kepada isterimu di saat masuk rumah : "Duhai kekasihku, semenjak Kanda keluar dari sisimu, dari pagi sampai sekarang, serasa bagaikan setahun". Sesungguhnya, jika anda betul-betul mengharapkan pahala dari Allah walau anda letih dan lelah, anda mendekati sang isteri tercinta dan menjimaknya,maka anda mendapatkan pahala dari Allah, karena Rasulullah bersabda: "Dan di air mani seseorang kalian ada sedekah".

Apakah melelahkanmu wahai hamba Allah, jika anda berdoa dan berkata: "Ya Allah perbaikilah isteriku dan berkatilah daku pada dirinya".
* Ucapan baik adalah sedekah.
* Wajah yang berseri dan senyum yang manis di hadapan isteri adalah sedekah.
* Mengucapkan salam mengandungi beberapa kebaikan.
* Berjabat tangan mengugurkan dosa-dosa.
* Berhubungan badan mendapatkan pahala.

KETAHUILAH WAHAI WANITA

1. Sekiranya anda menyediakan minuman untuk diminum oleh suamimu, maka pahalanya seperti berpuasa sunat selama setahun.

2. Sekiranya anda menyedia dan menyiapkan makanan untuk dimakan oleh suamimu, pahala haji dan umrah.

3. Perkhidmatan yang baik yang engkau berikan kepada suamimu, pahalanya tidak putus ganjaran dari Allah.

4. Sekiranya anda hamil, pahalanya shahid.

5. Sekiranya anda mandi junub kerana bersetubuh dengan suamimu, pahalanya seperti anda bersedekah 1,000 ekor kambing kepada fakir miskin.

6. Sekiranya anda memlihara anak dengan baik, ianya menjadi benteng daripada api neraka.

7. Sekiranya anda memandang suamimu dengan pandangan harmonis, pahalanya seperti anda berzikir kepada Allah.

8. Seandainya anda mati dalam keadaan suamimu redha kepadamu, maka syurgalah tempatmu.

Pernikahan Rasulullah & Khadijah

Nuurul Eiffah Binti Mohamad Noor | 10:09 PG | 0 ulasan

Bermimpi Matahari Turun Ke Rumahnya

..ia adalah Khadijah r.a, seorang wanita janda, bangsawan, hartawan, cantik dan budiman. Ia disegani oleh masyarakat Quraisy khususnya, dan bangsa Arab pada umumnya. Sebagai seorang pengusaha, ia banyak memberikan bantuan dan modal kepada pedagang-pedagang atau melantik orang-orang untuk mewakili urusan-urusan perniagaannya ke luar negeri.

Banyak pemuka Quraisy yang ingin menikahinya dan sanggup membayar mas kahwin berapa pun yang dikehendakinya, namun selalu ditolaknya dengan halus kerana tak ada yang berkenan di hatinya. Pada suatu malam ia bermimpi melihat matahari turun dari langit, masuk ke dalam rumahnya serta memancarkan sinarnya ke merata tempat sehingga tiada sebuah rumah di kota Makkah yang luput dari sinarnya.

Mimpi itu diceritakan kepada anak bapa saudaranya yang bernama Waraqah bin Naufal. Dia seorang lelaki yang berumur lanjut, ahli dalam mentakbirkan mimpi dan ahli tentang sejarah bangsa-bangsa purba. Waraqah juga mempunyai pengetahuan luas dalam agama yang dibawa oleh Nabi-Nabi terdahulu.

Waraqah berkata: “Takwil dari mimpimu itu ialah bahawa engkau akan menikah kelak dengan seorang Nabi akhir zaman.”

“Nabi itu berasal dari negeri mana?” tanya Khadijah bersungguh-sungguh.

“Dari kota Makkah ini!” ujar Waraqah singkat.

“Dari suku mana?”

“Dari suku Quraisy juga.”

Khadijah bertanya lebih jauh: “Dari keluarga mana?”

“Dari keluarga Bani Hasyim, keluarga terhormat,” kata Waraqah dengan nada menghibur.

Khadijah terdiam sejenak, kemudian tanpa sabar meneruskan pertanyaan terakhir: “Siapakah nama bakal orang agung itu, hai anak bapa saudaraku?”

Orang tua itu mempertegas: “Namanya Muhammad SAW. Dialah bakal suamimu!”

Khadijah pulang ke rumahnya dengan perasaan yang luar biasa gembiranya. Belum pernah ia merasakan kegembiraan sedemikian hebat. Maka sejak itulah Khadijah sentiasa bersikap menunggu dari manakah gerangan kelak munculnya sang pemimpin itu.

Nabi Muhammad Berniaga

Muhammad, bakal suami wanita hartawan itu, adalah seorang yatim piatu yang miskin sejak kecilnya, dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Thalib, yang hidupnya pun serba kekurangan. Meskipun demikian, bapa saudaranya amat sayang kepadanya, menganggapnya seperti anak kandung sendiri, mendidik dan mengasuhnya sebaik-baiknya dengan adab, tingkah laku dan budi pekerti yang terpuji.

Pada suatu ketika, Abu Thalib berbincang-bincang dengan saudara perempuannya bernama ‘Atiqah mengenai diri Muhammad. Beliau berkata: “Muhammad sudah pemuda dua puluh empat tahun. Semestinyalah sudah kahwin. Tapi kita tak mampu mengadakan perbelanjaan, dan tidak tahu apa yang harus diperbuat.”

Setelah memikirkan segala ikhtiar, ‘Atiqah pun berkata: “Saudaraku, saya mendengar berita bahawa Khadijah akan memberangkatkan kafilah niaga ke negeri Syam dalam waktu dekat ini. Siapa yang berhubungan dengannya biasanya rezekinya bagus, diberkati Allah SWT. Bagaimana kalau kita pekerjakan Muhammad kepadanya? Saya kira inilah jalan untuk memperolehi nafkah, kemudian dicarikan isterinya.”

Abu Thalib menyetujui saranan saudara perempuannya. Dirundingkan dengan Muhammad, ia pun tidak keberatan.
‘Atiqah mendatangi wanita hartawan itu, melamar pekerjaan bagi Muhammad, agar kiranya dapat diikut sertakan dalam kafilah niaga ke negeri Syam.

Khadijah, tatkala mendengar nama “Muhammad”, ia berfikir dalam hatinya: “Oh... inilah takbir mimpiku sebagaimana yang diramalkan oleh Waraqah bin Naufal, bahawa ia dari suku Quraisy dan dari keluarga Bani Hasyim, dan namanya Muhammad, orang terpuji, berbudi pekerti tinggi dan nabi akhir zaman.” Seketika itu juga timbullah hasrat di dalam hatinya untuk bersuamikan Muhammad, tetapi tidak dilahirkannya kerana khuatir akan fitnah.

“Baiklah,” ujar Khadijah kepada ‘Atiqah, “saya terima Muhammad dan saya berterima kasih atas kesediaannya. Semoga Allah SWT melimpahkan berkatnya atas kita bersama.”. Wajah Khadijah cerah, tersenyum sopan, menyembunyikan apa yang tersudut di kalbunya.

Kemudian ia meneruskan: “Wahai ‘Atiqah, saya tempatkan setiap orang dalam rombongan niaga dengan penghasilan tinggi, dan bagi Muhammad SAW akan diberikan lebih tinggi dari biasanya.”

‘Atiqah berterima kasih, ia pulang dengan perasaan gembira menemui saudaranya, menceritakan kepadanya hasil perundingannya dengan wanita hartawan dan budiman itu. Abu Thalib menyambutnya dengan gembira.
Kedua bersaudara itu memanggil Muhammad SAW seraya berkata: “Pergilah anakanda kepada Khadijah r.a, ia menerima engkau sebagai pekerjanya. Kerjakanlah tugasmu sebaik-baiknya.”

Muhammad SAW menuju ke rumah wanita pengusaha itu. Sementara akan keluar dari pekarangan rumah bapa saudaranya, tiba-tibalah ia mencucurkan air mata kesedihan mengenang nasibnya. Tiada yang menyaksikannya dan menyertainya dalam kesedihan hati itu selain para malaikat langit dan bumi.

Kesaksian Seorang Rahib

Tatkala kafilah niaga itu siap akan berangkat, berkatalah Maisarah, kepala rombongan: “Hai Muhammad, pakailah baju bulu itu, dan peganglah bendera kafilah. Engkau berjalan di depan, menuju ke negeri Syam!”

Muhammad SAW melaksanakan perintah. Setelah iring-iringan keluar dari halaman memasuki jalan raya, tanpa sedar Muhammad SAW menangis kembali, tiada yang melihatnya kecuali Allah dan para malaikat-Nya. Dari mulutnya terucap suara kecil: “Aduh hai nasib! Mana gerangan ayahku Abdullah, mana gerangan ibuku Aminah. Kiranyalah mereka menyaksikan nasib anakandanya yang miskin yatim piatu ini, yang justeru lantaran ketiadaannyalah sehingga terbawa jadi buruh upahan ke negeri jauh. Aku tidak tahu apakah aku masih akan kembali lagi ke negeri ini, tanah tumpah darahku.”

Jeritan batin itu membuat para malaikat langit bersedih. Mereka memintakan rahmat baginya. Maisarah memperlakukan Muhammad SAW dengan agak istimewa, sesuai dengan wasiat Khadijah. Diberinya pakaian terhormat, kenderaan unta yang tangkas dengan segala perlengkapannya.

Perjalanan mengambil waktu beberapa hari. Terik matahari begitu panas sekali. Tetapi Muhammad SAW berjalan sentiasa dipayungi awan yang menaunginya hingga mereka berhenti di sebuah peristirehatan dekat rumah seorang Rahib Nasrani.

Muhammad SAW turun dari untanya, pergi berangin-angin melepaskan lelah di bawah pohon yang teduh.
Rahib keluar dari tempat pertapaannya. Ia terhairan-hairan melihat gumpalan awan menaungi kafilah dari Makkah, padahal tak pernah terjadi selama ini. Ia tahu apa erti tanda itu kerana pernah dibacanya di dalam Kitab Taurat.
Rahib menyiapkan suatu perjamuan bagi kafilah itu dengan maksud untuk menyiasat siapa pemilik karamah dari kalangan mereka.

Semua anggota rombongan hadir dalam majlis perjamuan itu, kecuali Muhammad SAW seorang diri yang tinggal untuk menjaga barang-barang dan kenderaan. Ketika Rahib melihat awan itu tidak bergerak, tetap di atas kafilah, bertanyalah beliau: “Apakah di antara kalian masih ada yang tidak hadir di sini?”

Maisarah menjawab: “Hanya seorang yang tinggal untuk menjaga barang-barang.”

Rahib pergi menjemput Muhammad SAW dan terus menjabat tangannya, membawanya ke majlis perjamuan. Ketika Muhammad SAW. bergerak, Rahib memperhatikan awan itu turut bergerak pula mengikuti arah ke mana Muhammad SAW berjalan. Dan di saat Muhammad SAW masuk ke ruangan perjamuan, Rahib keluar kembali menyaksikan awan itu, dan dilihatnya awan itu tetap di atas, tidak bergerak sedikit pun walaupun dihembus angin. Maka mengertilah ia siapa gerangan yang memiliki karamah dan keutamaan itu.

Rahib masuk kembali dan mendekati Muhammad SAW, bertanya: “Hai pemuda, dari negeri mana asalmu?”

“Dari Makkah”.

“Dari qabilah mana?” tanya sang Rahib.

“Dari Quraisy, tuan!”

“Dari keluarga siapa?”

“Keluarga Bani Hasyim.”

‘Siapa namamu?”

“Namaku, Muhammad.”

Serta merta ketika mendengar nama itu, Rahib berdiri dan terus memeluk Muhammad SAW serta menciumnya di antara kedua alisnya seraya mengucapkan: “Laa Ilaaha Illallaah, Muhammadar Rasulullah.”

Ia menatap wajah Muhammad SAW dengan perasaan takjub, seraya bertanya: “Sudikah engkau memperlihatkan tanda di badanmu agar jiwaku tenteram dan keyakinanku lebih mantap?”

“Tanda apakah yang tuan maksudkan?” tanya Muhammad SAW.

“Silakan buka bajumu supaya kulihat tanda akhir kenabian di antara kedua bahumu!”

Muhammad SAW. memperkenankannya, dimana Rahib tua itu melihat dengan jelas ciri-ciri yang dimaksudkan.
“Ya....ya....tertolong, tertolong!” seru Rahib. “Pergilah ke mana hendak pergi. Engkau terus ditolong!”

Rahib itu mengusap wajah Muhammad SAW, sambil menambahkan: “Hai hiasan di hari kemudian, hai pemberi syafa’at di akhirat, hai peribadi yang mulia, hai pembawa nikmat, hai nabi rahmat bagi seluruh alam!”

Dengan pengakuan demikian, Rahib dari Ahlil-Kitab itu telah menjadi seorang muslim sebelum Muhammad SAW. dengan rasmi menerima wahyu kerasulan dari langit.

Paderi-paderi Yahudi Gementar Ketakutan

Pasar dibuka beberapa hari lamanya. Semua jualan laris dengan keuntungan berlipat ganda, mengatasi pengalaman yang sudah-sudah. Kebetulan pada saat itu bertepatan dengan hari Yahudi, yang dimeriahkan dengan upacara besar-besaran.

Muhammad SAW, Abu Bakar dan Maisarah keluar menonton keramaian itu. Tatkala Muhammad SAW memasuki tempat upacara untuk menyaksikan cara mereka beribadat, maka tiba-tiba berjatuhanlah semua lilin-lilin menyala yang bergantungan pada tali di sekitar ruangan, yang menyebabkan paderi-paderi Yahudi gementar ketakutan.

Seorang di antara mereka bertanya: “Alamat apakah ini?” Semuanya hairan, cemas dan ketakutan.
“Ini bererti ada orang asing yang hadir di sini,” jawab pengerusi upacara. “Kita baca dalam Taurat bahawa alamat ini akan muncul bilamana seorang lelaki bernama Muhammad SAW, Nabi akhir zaman, mendatangi hari raya agama Yahudi. Mungkinlah sekarang orang itu berada di ruangan kita ini. Carilah lelaki itu, dan kalau bertemu, segeralah tangkap!”

Abu Bakar r.a, sahabat Muhammad SAW sejak dari kecil, dan Maisarah, yang mendengar berita itu segera mendekati Muhammad SAW yang berdiri agak terpisah, dan mengajaknya keluar perlahan-lahan di tengah-tengah kesibukan orang yang berdesak-desakan keluar masuk ruangan.

Tanpa menunda waktu lagi, Maisarah segera memerintahkan kafilah berangkat pulang ke Makkah. Dengan demikian tertolonglah Muhammad SAW dari kejahatan orang-orang Yahudi.

Nabi Muhammad Pulang Ke Makkah

Biasanya dalam perjalanan pulang, kira-kira jarak tujuh hari lagi mendekati Makkah, Maisarah mengirim seorang utusan kepada Khadijah r.a, memberitahukan bakal kedatangan kafilah serta perkara-perkara lain yang menyangkut perjalanan.

Maisarah menawarkan kepada Muhammad SAW: “Apakah engkau bersedia diutus membawa berita ke Makkah?”
Muhammad SAW berkata: “Ya, saya bersedia apabila ditugaskan”.

Pemimpin rombongan mempersiapkan unta yang cepat untuk dinaiki oleh utusan yang akan berangkat terlebih dahulu ke kota Makkah. Ia pun menulis sepucuk surat memberikan kepada majikannya bahawa perniagaan kafilah yang disertai Muhammad SAW mendapat hasil laba yang sangat memuaskan, dan menceritakan pula tentang pengalaman-pengalaman aneh yang berkaitan dengan diri Muhammad SAW.

Tatkala Muhammad SAW menuntun untanya dan sudah hilang dari pandangan mata, maka Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s .:
“Hai Jibril, singkatkanlah bumi di bawah kaki-kaki unta Muhammad SAW! Hai Israfil, jagalah ia dari sebelah kanannya! Hai Mikail, jagalah ia dari sebelah kirinya! Hai awan, teduhilah ia di atas kepalanya!”

Kemudian Allah SWT mendatangkan ngantuk kepadanya sehingga baginda SAW tertidur nyenyak dan tiba-tiba telah sampai di Makkah dalam tempoh yang cukup singkat. Saat terbangun, ia hairan mendapati dirinya telah berada di pintu masuk kota kelahirannya. Baginda SAW sedar bahawa ini adalah mukjizat Tuhan kepadanya, lalu bersyukur memuji Zat Yang Maha Kuasa.

Sementara baginda SAW mengarahkan untanya menuju ke tempat Khadijah r.a, secara kebetulan Khadijah r.a pada saat itu sedang duduk sambil kepalanya keluar jendela memandangi jalan ke arah Syam, tiba-tiba dilihatnya Muhammad SAW di atas untanya dari arah bertentangan di bawah naungan awan yang bergerak perlahan-lahan di atas kepalanya.
Khadijah r.a menajamkan matanya, bimbang kalau-kalau tertipu oleh penglihatannya, sebab yang dilihatnya hanyalah Muhammad SAW sendirian tanpa rombongan, padahal telah dipesannya kepada Maisarah agar menjaganya sebaik-baik. Ia bertanya kepada wanita-wanita sahayanya yang duduk di sekitarnya: “Apakah kamu mengenali siapa pengendara yang datang itu?” sambil tangannya menunjuk ke arah jalan.

Seorang di antara mereka menjawab: “Seolah-olah Muhammad Al-Amiin, ya sayyidati!”

Kegembiraan Khadijah r.a terlukis dalam ucapannya: “Kalau benar Muhammad Al-Amiin, maka kamu akan kumerdekakan bilamana ia telah sampai!”

Tak lama kemudian muncullah Muhammad SAW di depan pintu rumah wanita hartawan itu, yang langsung menyambutnya dengan tutur sapa tulus ikhlas: “Kuberikan anda unta pilihan, tunggangan khusus dengan apa yang ada di atasnya.”

Muhammad SAW mengucapkan terima kasih, kemudian menyerahkan surat dari ketua rombongan. Ia minta izin pulang ke rumah bapa saudaranya setelah melaporkan tentang perniagaan mereka ke luar negeri.

Khadijah Menawarkan Diri

Muhammad Al-Amiin muncul di rumah Khadijah. Wanita usahawan itu berkata: “Hai Al-Amiin, katakanlah apa keperluanmu!” Suaranya ramah, bernada dermawan.

Dengan sikap merendahkan diri tapi tahu diharga dirinya, Muhammad SAW berbicara lurus, terus terang, meskipun agak malu-malu tetapi pasti. Katanya: “Kami sekeluarga memerlukan nafkah dari bahagianku dalam rombongan niaga. Keluarga kami amat memerlukannya untuk mencarikan jodoh bagi anak saudaranya yang yatim piatu”. Kepalanya tertunduk, dan wanita hartawan itu memandangnya dengan penuh ketakjuban.

“Oh, itukah....! Muhammad, upah itu sedikit, tidak menghasilkan apa-apa bagimu untuk menutupi keperluan yang engkau maksudkan,” kata Khadijah r.a. “Tetapi biarlah, nanti saya sendiri yang mencarikan calon isteri bagimu”. Ia berhenti sejenak, meneliti. Kemudian meneruskan dengan tekanan suara memikat dan mengandungi isyarat: “Aku hendak mengahwinkanmu dengan seorang wanita bangsawan Arab. Orangnya baik, kaya, diingini oleh banyak raja-raja dan pembesar-pembesar Arab dan asing, tetapi ditolaknya. Kepadanyalah aku hendak membawamu”. Khadijah tertunduk lalu melanjutkan: “Tetapi sayang, ada aibnya...! Dia dahulu sudah pernah bersuami. Kalau engkau mahu, maka dia akan menjadi pengkhidmat dan pengabdi kepadamu”.

Pemuda Al-Amiin tidak menjawab. Mereka sama-sama terdiam, sama-sama terpaku dalam pemikirannya masing-masing. Yang satu memerlukan jawapan, yang lainnya tak tahu apa mahu dijawab.

Khadijah r.a tak dapat mengetahui apa yang terpendam di hati pemuda Bani Hasyim itu, pemuda yang terkenal dengan gelaran Al-Amiin (jujur). Pemuda Al-Amiin itupun mungkin belum mengetahui siapa kira-kira calon yang dimaksud oleh Khadijah r.a.

Ia minta izin untuk pulang tanpa sesuatu keputusan yang ditinggalkan. Ia menceritakan kepada bapa saudaranya: “Aku merasa amat tersinggung oleh kata-kata Khadijah r.a. Seolah-olah dia memandang enteng dengan ucapannya ini dan itu “anu dan anu....” Ia mengulangi apa yang dikatakan oleh perempuan kaya itu.

‘Atiqah juga marah mendengar berita itu. Dia seorang perempuan yang cepat naik darah kalau pihak yang dinilainya menyinggung kehormatan Bani Hasyim. Katanya: “Muhammad, kalau benar demikian, aku akan mendatanginya”.
‘Atiqah tiba di rumah Khadijah r.a dan terus menegurnya: “Khadijah, kalau kamu mempunyai harta kekayaan dan kebangsawan, maka kamipun memiliki kemuliaan dan kebangsawanan. Kenapa kamu menghina puteraku, anak saudaraku Muhammad?”

Khadijah r.a terkejut mendengarnya. Tak disangkanya bahawa kata-katanya itu akan dianggap penghinaan. Ia berdiri menyabarkan dan mendamaikan hati ‘Atiqah: “Siapakah yang sanggup menghina keturunanmu dan sukumu? Terus terang saja kukatakan kepadamu bahawa dirikulah yang kumaksudkan kepada Muhammad SAW. Kalau ia mahu, aku bersedia menikah dengannya; kalau tidak, aku pun berjanji tak akan bersuami hingga mati”.

Pernyataan jujur ikhlas dari Khadijah r.a membuat ‘Atiqah terdiam. Kedua wanita bangsawan itu sama-sama cerah. Percakapan menjadi serius.

“Tapi Khadijah, apakah suara hatimu sudah dimaklumi oleh anak bapa saudaramu Waraqah bin Naufah?” tanya ‘Atiqah sambil meneruskan: “Kalau belum cubalah meminta persetujuannya.”

“Ia belum tahu, tapi katakanlah kepada saudaramu, Abu Thalib, supaya mengadakan perjamuan sederhana. Jamuan minum, dimana sepupuku diundang, dan disitulah diadakan majlis lamaran”, Khadijah r.a berkata seolah-olah hendak mengatur siasat. Ia yakin Waraqah takkan keberatan kerana dialah yang menafsirkan mimpinya akan bersuamikan seorang Nabi akhir zaman.

‘Atiqah pulang dengan perasaan tenang, puas. Pucuk dicinta ulam tiba. Ia segera menyampaikan berita gembira itu kepada saudara-saudaranya: Abu Thalib, Abu Lahab, Abbas dan Hamzah. Semua riang menyambut hasil pertemuan ‘Atiqah dengan Khadijah r.a.

“Itu bagus sekali”, kata Abu Thalib, “tapi kita harus bermesyuarat dengan Muhammad SAW lebih dahulu.”

Janda Cantik Bermata Jeli

Sebelum dijemput bermesyuarat oleh bapa saudaranya, maka terlebih dahulu ia pun telah menerima seorang perempuan bernama Nafisah, utusan Khadijah r.a yang datang untuk menjalin hubungan kekeluargaan. Utusan peribadi Khadijah itu bertanya: “Muhammad, kenapa engkau masih belum berfikir mencari isteri?”

Muhammad SAW menjawab: “Hasrat ada, tetapi kesanggupan belum ada.”

“Bagaimana kalau seandainya ada yang hendak menyediakan nafkah? Lalu engkau mendapat seorang isteri yang baik, cantik, berharta, berbangsa dan sekufu pula denganmu, apakah engkau akan menolaknya?”

“Siapakah dia?” tanya Muhammad SAW.

“Khadijah!” Nafisah berterus terang. “Asalkan engkau bersedia, sempurnalah segalanya. Urusannya serahkan kepadaku!”

Usaha Nafisah berjaya. Ia meninggalkan putera utama Bani Hasyim dan langsung menemui Khadijah r.a, menceritakan kesediaan Muhammad SAW. Setelah Muhammad SAW menerima pemberitahuan dari saudara-saudaranya tentang hasil pertemuan dengan Khadijah r.a, maka baginda tidak keberatan mendapatkan seorang janda yang usianya lima belas tahun lebih tua daripadanya.

Betapa tidak setuju, apakah yang kurang pada Khadijah? Ia wanita bangsawan, cantik, hartawan, budiman. Dan utamanya pula kerana hatinya telah dibukakan Tuhan untuk mencintainya, telah ditakdirkan akan dijodohkan dengannya.

Kalau dikatakan janda, biarlah! Ia memang janda umur empat puluh, tapi janda yang masih segar, bertubuh ramping, berkulit putih dan bermata jeli. Maka diadakanlah majlis yang penuh keindahan itu. Hadir sama Waraqah bin Naufal dan beberapa orang-orang terkemuka Arab yang sengaja dijemput. Abu Thalib dengan rasmi meminang Khadijah r.a kepada saudara sepupunya. Orang tua bijaksana itu setuju. Tetapi dia meminta tempoh untuk berunding dengan wanita berkenaan.

Pernikahan Muhammad dengan Khadijah

Khadijah r.a diminta pendapat. Dengan jujur ia berkata kepada Waraqah: “Hai anak bapa saudaraku, betapa aku akan menolak Muhammad SAW padahal ia sangat amanah, memiliki keperibadian yang luhur, kemuliaan dan keturunan bangsawan, lagi pula pertalian kekeluargaannya luas”.

“Benar katamu, Khadijah, hanya saja ia tak berharta”, ujar Waraqah.

“Kalau ia tak berharta, maka aku cukup berharta. Aku tak memerlukan harta lelaki. Kuwakilkan kepadamu untuk menikahkan aku dengannya,” demikian Khadijah r.a menyerahkan urusannya.

Waraqah bin Naufal kembali mendatangi Abu Thalib memberitakan bahawa dari pihak keluarga perempuan sudah bulat muafakat dan merestui bakal pernikahan kedua mempelai. Lamaran diterima dengan persetujuan mas kahwin lima ratus dirham. Abu Bakar r.a, yang kelak mendapat sebutan “Ash-Shiddiq”, sahabat akrab Muhammad SAW. sejak dari masa kecil, memberikan sumbangan pakaian indah buatan Mesir, yang melambangkan kebangsawaan Quraisy, sebagaimana layaknya dipakai dalam upacara adat istiadat pernikahan agung, apalagi kerana yang akan dinikahi adalah seorang hartawan dan bangsawan pula.

Peristiwa pernikahan Muhammad SAW dengan Khadijah r.a berlangsung pada hari Jumaat, dua bulan sesudah kembali dari perjalanan niaga ke negeri Syam. Bertindak sebagai wali Khadijah r.a ialah bapa saudaranya bernama ‘Amir bin Asad, sedang Waraqah bin Naufal membacakan khutbah pernikahan dengan fasih, disambut oleh Abu Thalib sebagai berikut:
“Alhamdu Lillaah, segala puji bagi Allah Yang menciptakan kita keturunan (Nabi) Ibrahim, benih (Nabi) Ismail, anak cucu Ma’ad, dari keturunan Mudhar.

“Begitupun kita memuji Allah SWT Yang menjadikan kita penjaga rumah-Nya, pengawal Tanah Haram-Nya yang aman sejahtera, dan menjadikan kita hakim terhadap sesama manusia.

“Sesungguhnya anak saudaraku ini, Muhammad bin Abdullah, kalau akan ditimbang dengan laki-laki manapun juga, nescayalah ia lebih berat dari mereka sekalian. Walaupun ia tidak berharta, namun harta benda itu adalah bayang-bayang yang akan hilang dan sesuatu yang akan cepat perginya. Akan tetapi Muhammad SAW, tuan-tuan sudah sama mengenalinya siapa dia. Dia telah melamar Khadijah binti Khuwailid. Dia akan memberikan mas kahwin lima ratus dirham yang akan segera dibayarnya dengan tunai dari hartaku sendiri dan saudara-saudaraku.

“Demi Allah SWT, sesungguhnya aku mempunyai firasat tentang dirinya bahawa sesudah ini, yakni di saat-saat mendatang, ia akan memperolehi berita gembira (albasyaarah) serta pengalaman-pengalaman hebat.

“Semoga Allah memberkati pernikahan ini”.

Penyambutan untuk memeriahkan majlis pernikahan itu sangat meriah di rumah mempelai perempuan. Puluhan anak-anak lelaki dan perempuan berdiri berbaris di pintu sebelah kanan di sepanjang lorong yang dilalui oleh mempelai lelaki, mengucapkan salam marhaban kepada mempelai dan menghamburkan harum-haruman kepada para tamu dan pengiring.

Selesai upacara dan tamu-tamu bubar, Khadijah r.a membuka isi hati kepada suaminya dengan ucapan: “Hai Al-Amiin, bergembiralah! Semua harta kekayaan ini baik yang bergerak mahupun yang tidak bergerak, yang terdiri dari bangunan-bangunan, rumah-rumah, barang-barang dagangan, hamba-hamba sahaya adalah menjadi milikmu. Engkau bebas membelanjakannya ke jalan mana yang engkau redhai !”

Itulah sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Dia (Allah) mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kekayaan”.

(Adh-Dhuhaa: 8)

Alangkah bahagianya kedua pasangan mulia itu, hidup sebagai suami isteri yang sekufu, sehaluan, serasi dan secita-cita.

Dijamin Masuk Syurga

Khadijah r.a mendampingi Muhammad SAW. selama dua puluh enam tahun, yakni enam belas tahun sebelum dilantik menjadi Nabi, dan sepuluh tahun sesudah masa kenabian. Ia isteri tunggal, tak ada duanya, bercerai kerana kematian. Tahun wafatnya disebut “Tahun Kesedihan” (‘Aamul Huzni).

Khadijah r.a adalah orang pertama sekali beriman kepada Rasulullah SAW. ketika wahyu pertama turun dari langit. Tidak ada yang mendahuluinya. Ketika Rasulullah SAW menceritakan pengalamannya pada peristiwa turunnya wahyu pertama yang dihantar Jibril ‘alaihissalam, dimana beliau merasa ketakutan dan menggigil menyaksikan bentuk Jibril a.s dalam rupa aslinya, maka Khadijahlah yang pertama dapat mengerti makna peristiwa itu dan menghiburnya, sambil berkata: “Bergembiralah dan tenteramkanlah hatimu. Demi Allah SWT yang menguasai diri Khadijah r.a, engkau ini benar-benar akan menjadi Nabi Pesuruh Allah bagi umat kita.

“Allah SWT tidak akan mengecewakanmu. Bukankah engkau orang yang sentiasa berusaha untuk menghubungkan tali persaudaraan? Bukankah engkau selalu berkata benar? Bukankah engkau sentiasa menyantumi anak yatim piatu, menghormati tetamu dan menghulurkan bantuan kepada setiap orang yang ditimpa kemalangan dan musibah?”

Khadijah r.a membela suaminya dengan harta dan dirinya di dalam menegakkan kalimah tauhid, serta selalu menghiburnya dalam duka derita yang dialaminya dari gangguan kaumnya yang masih engkar terhadap kebenaran agama Islam, menangkis segala serangan caci maki yang dilancarkan oleh bangsawan-bangsawan dan hartawan Quraisy.

Layaklah kalau Khadijah r.a mendapat keistimewaan khusus yang tidak dimiliki oleh wanita-wanita lain iaitu, menerima ucapan salam dari Allah SWT. yang dihantar oleh malaikat Jibril a.s kepada Rasulullah SAW. disertai salam dari Jibril a.s peribadi untuk disampaikan kepada Khadijah radiallahu ‘anha serta dihiburnya dengan syurga.

Kesetiaan Khadijah r.a diimbangi oleh kecintaan Nabi SAW kepadanya tanpa terbatas. Nabi SAW pernah berkata:
“Wanita yang utama dan yang pertama akan masuk Syurga ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad SAW., Maryam binti ‘Imran dan Asyiah binti Muzaahim, isteri Fir’aun”.

Wanita Terbaik

Sanjungan lain yang banyak kali diucapkan Rasulullah SAW. terhadap peribadi Khadijah r.a ialah: “Dia adalah seorang wanita yang terbaik, kerana dia telah percaya dan beriman kepadaku di saat orang lain masih dalam bimbang keengkaran; dia telah membenarkan aku di saat orang lain mendustakanku; dia telah mengorbankan semua harta bendanya ketika orang lain mencegah kemurahannya terhadapku; dan dia telah melahirkan bagiku beberapa putera-puteri yang tidak ku dapatkan dari isteri-isteri yang lain”.

Putera-puteri Rasulullah SAW. dari Khadijah r.a sebanyak tujuh orang: tiga lelaki (kesemuanya meninggal di waktu kecil) dan empat wanita. Salah satu dari puterinya bernama Fatimah, dinikahkan dengan Ali bin Abu Thalib, sama-sama sesuku Bani Hasyim. Keturunan dari kedua pasangan inilah yang dibangsakan sebagai keturunan langsung dari Rasulullah SAW.

Related Posts with Thumbnails
© Copyright Reserved GemersikSahrawi | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft