Assalamualaikum..sebelum meneruskan coretan,pertama sekali bersyukur kepada Allah,Tuhan Sekalian Alam akan segala rahmat dan kasih sayangnya sehingga masih lagi diberi peluang untuk menikmati kehidupan di atas bumi yang penuh barakah ini untuk menimba ilmu,nikmat yang tiada nilainya bagi seseorang penuntut ilmu. Selawat serta salam buat Nabi Junjungan,Nabi kita Muhammad S.A.W serta seluruh ahli bait,para sahabat,para tabi' tabi'in dan seterusnya hamba-hamba Allah semoga dicucuri rahmat dan redha Allah Taala..
Sebelum membicarakan lebih lanjut perihal Imam Syafie,ada baiknya kita mengetahui latar belakang beliau.
Nama beliau,Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Beliau berketurunan Rasulullah kerana bertemu dengan moyang baginda dan juga berketurunan Quraisy daripada Bani Mutalib.
Beliau dilahirkan di kota Gaza Palestin pada bulan rejab tahun 150hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan,perginya Imam Hanafi kerahmatullah.
Sesungguhnya Imam Syafie meneruskan perjuangan dalam mencari kebenaran.
- Antara keistimewaan Imam Syafie :
- - Sebelum kelahiran beliau ,bonda Imam Syafie mendapat mimpi bahawa bintang telah keluar dari perutnya lalu ke angkasa dan terus menyinari kegelapan malam. Sesungguhnya kelahiran insan agung ini amat bermakna buat umat Islam khususnya.
- Di masa Imam Syafie masih bayi, dalam bulan ramadhan beliau tidak mahu meminum susu ibunya,tanda beliau tidak mahu menyusahkan ibunya serta bagi menghormati bulan puasa kerana beliau juga ingin beribadah pada Allah,Subhanallah.
- Imam Syafie juga ketika bayinya, tatkala mendengar bondanya mendendangkan ayat-ayat suci Al-Quran,beliau diam tanpa sebarang bunyi bagi mendengarkan ayat-ayat yang indah itu seolah-olah beliau memahami isi-isi kandungannya.
- Imam Syafie di waktu umurnya setahun,beliau sudah boleh berjalan,dan apabila umurnya 2tahun,beliau sudah petah berkata-kata dan mampu membaca al-Quran dengan fasihnya,setelah umur beliau mencecah 9tahun, Imam Syafie sudah menghafal 30juzuk Al-Quran.
- Di usia yang muda beliau rajin menuntut ilmu,di mana sahaja majlis ilmu pasti beliau akan menghadirinya tanpa rasa jemu,malah Imam Syafie bahagia bersama ilmunya,namun untuk mendapatkannya beliau hanya bertemankan pelepah tamar,kertas lusuh dan tulang-tulang bagi mencatatkan segala ilmu yang di perolehi di sebabkan kemiskinan. Walaupun begitu beliau tetap bersemangat untuk terus mencari mutiara-mutiara ilmu.
- Imam Syafie mendalami ilmu Quran dengan Imam Ismail al-Qustantani di usia 9tahun,dan pernah menggantikan tempat gurunya sekiranya guru beliau memintanya.
- Imam Syafie mempunyai suara yang amat merdu sehingga dapat mengasyikkan sesiapa sahaja yang mendengar suara beliau. Setiap kalimah pasti akan menusuk kalbu dan Al-Quran itu terasa lebih dihayati.
- Imam Syafie menghafal 10,000 syair bani huzail atas kemahuannya di sebabkan minat dengan syair ketika beliau berguru dengan penyair terkenal pada masa itu iaitu Mus'ab bin Zubair.
- Imam Syafie pernah kehabisan pelepah tamar dan dakwat,lalu dituliskan setiap ilmu yang disampaikan gurunya di atas tapak tangannya,dan beliau diteguri kerana gurunya menganggap beliau bermain-main sewaktu pengajian,lalu beliau menjelaskan kepada gurunya dan diuji akan tulisannya,ternyata tidak ada satu huruf pun yang tertinggal.
- Imam Syafie menguasai ilmu hadis daripada gurunya,Imam Sufyan al-Ainiah/Uyainah.
- Imam Syafie pernah menjawat jawatan mufti ketika beliau berusia 15tahun,dan beliau pernah diberikan kebenaran untuk berfatwa.
- Imam Syafie telah menghafal kitab Al-Muwatta karangan Imam Malik hanya dalam masa yang singkat sebelum beliau berjumpa dengan Imam Malik.
- Imam Syafie juga pernah berguru dengan anak murid Imam Abu Hanifah iaitu,Muhammad Hasan as-Syaibani dan Abu Yusuf sewaktu beliau ke Iraq.
- Imam Syafie seorang yang pemurah,walaupun kehidupan beliau miskin namun beliau insan yang pemurah,tatkala beliau diuji oleh penduduknya sebelum beliau merantau ke madinah,seseorang telah memberikan beliau 100 dirham ,lalu beliau didatangi seorang yang minta ihsan kepadanya,tanpa berfikir panjang Imam Syafie terus menyeluk poketnya dan di berikan semua wang yang beliau ada,sebanyak 100 dirham,terbuktilah sifat pemurah Imam Syafie.
Imam Syafie juga mempelajari ilmu firasat daripada Maulana Arif sewaktu beliau di Yaman sebelum beliau menjadi Kadi di Yaman atas pelawaan Gabenor al-Malik. Imam Syafie sangt gemar merantau ke serata pelusuk demi mengembangkan syiar Islam,daripada Mekah pergi ke Madinah lalu menyusuri Iraq setelah itu menjelajah bumi Yaman dan banyak lagi. Sesungguhnya akhlak Imam Syafie seperti Rasulullah iaitu meliputi keperibadian seindah kalam-kalam Al-Quran.
Pernah satu ketika,semasa Imam Syafie ingin mencukur rambutnya sambil beratur menunggu giliran,dan tiba pada giliran beliau,pencukur tersebut telah mencukur rambut beliau setengah sahaja kerana di dahulukan seorang pelanggan. setelah itu barulah rambut beliau dicukur kembali,lalu Imam Syafie menanyakan pencukur tersebut; siapakah gerangan tadi? lalu dia menjawab,"sebentar tadi pembesar Harran,saya dahulukan pembesar tersebut kerana beliau akan membayar mahal". "Berapakah yang beliau bayar pada kamu?.",Imam Syafie kembali bertanya. Pencukur tersebut memberitahu bahawa pembesar tersebut membayar 5dirham. Imam Syafie lantas memberikan kepadanya 10dirham,lalu ditanyakan orang ramai di situ,mengapa Imam Syafie membayar mahal sedangkan beliau dilayan sebegitu rupa . Imam Syafie menjawab,itu adalah sebagai peringatan bahawa jangan melihat hanya kerna seseorang yang tampak miskin boleh dilayan sedemikian,lalu pencukur itu insaf dan tidak akan memilih kasih lagi. Setelah kejadian itu barulah orang mengetahui bahawa itu adalah Imam Syafie yang mereka nanti-nantikan untuk bertemu.
kewibawan Imam Syafie tersebar dimana sahaja baik ilmu yang dimiliki mahupun akhlaknya yang terpuji yang menjadi bualan sesiapa sahaja,tambahan pula beliau merupakan murid kesayangan Imam Malik dan guru-guru beliau yang lain,sesiapa yang melihat beliau pasti akan merasa kasih pada keizzahan Imam Syafie.
Banyak lagi kelebihan Imammuna Syafie,insyaAllah akan saya coretkan lagi kisahnya..
Marilah kita sama-sama menjejaki sifat-sifat Imam kita yang tersohor ini,semoga kita mengambil manfaat dan istifadah daripadanya.
rujukan daripada novel sejarah Islam bertajuk"Imam Syafie",pejuang kebenaran karangan Abdul Latip Talib.