selamat datang~ahlan wasahlan~welcome to my blog



BISMILLAH-ANIMATION.gif

syukur atas segala nikmat-Mu ya Allah.

Nuurul Eiffah Binti Mohamad Noor Ahad, 30 Oktober 2011 1:51 PTG

Alhamdulillah,segala puji dan tahmid hanya pada Allah,Tuhan Sekalian Alam kerana rahmatNya kita masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara yang segar bugar menikmati keindahan ciptaanNya.Bergelar seorang insan di muka bumi ini menimbulkan tanda tanya jauh dalam dasar hati kita untuk cuba membongkar rahsia manusia itu diciptakan.

Sebenarnya kita bukanlah hanya dicipta untuk menjadi seorang peneroka alam yang indah ini,ataupun seorang pemerhati alamsemuljadi,malah kita juga dicipta adalah dengan beberapa tujuan. Tujuan yang pertama kita dijadikan untuk memakmurkan bumi yang penuh dengan kecantikan ini dengan melakukan kebaikan menjaga kesejahteraan alam tanpa melakukan sebarang kerosakan sera menggunakan segala sumber alam dengan penuh bermanfaat juga mendatangkan hasil yang berfaedah untuk semua masyarakat manusia.

Setelah kita dikurniakan dengan begitu macam nikmat dan kurniaan Allah buat hamba-hambaNya, adalah zalim bagi kita yang bergelar hamba tidak tahu mensyukuri segala pemberian Allah. Oleh itu untuk menghalang murka Allah dengan mengharap keredhaan juga rahmat kasih sayang Allah,sepatutnya kita menunjukkan rasa jutaan kesyukuran pada Allah dengan mentaati segala suruhan juga meninggalkan segala laranganNya.
bertanyalah pada diri kita, adakah begitu sukar bagi kita mentaati perintah Allah? ya begitu sukar.
kerana apa? kerana hati kita telah disaluti dan dipalit degan kemaksiatan. hati kita kotor.
Justeru,untuk pembersihat hati,kita perlulah senantiasa mengingati Allah dengan melazimi lidah kita berzikir memuji Allah,berselawat menyatakan cinta dan sayang kepada kekasihNya.nabi kita Muhammad s.a.w (selawat serta salam buat junjungan kita serta ahli keluarga baginda juga para sahabat dan orang-orang soleh). InsyaAllah hari demi hari hati kita akan sentiasa dicuci dan digosok agar tertanggal dosa hitam kita,moga kita ikhlas mencintai Allah juga rasulNya.

Tujuan kita juga dilahirkan ke dunia ini juga adalah sebagai seorang khalifah yang dapat membimbing masyarakat manusia ke jalan yang benar iaitu jalan kebenaran supaya tidak tersesat ke jalan yang diselubungi kegelapan dimana manusia hilang arah tujuan,salah hala hayunankaki tatkala menyusurinya. Tugas ini perlu ada didalam niat kita,harus wujud dalam hati dan fikiran kita untuk cuba menjadi khalifah yang mengajak kepada kebaikan juga menjadi musuh kebatilan. Kita mampu menjadi khalifah dengan pelbagai cara mengikut keupayaan masing-masing samada secara zahir,melalui percakapan (motivasi,cermah,tazkirah dan lain-lain)atau perbuatan (penulisan ilmiah,menunjukkan akhlak yang baik dan lain-lain ) mahupun secara halus (dunia maya iaitu internet).

Pelbagai alternatif yang boleh kita fikirkan supaya kita tidak tersasar dari menjadi seorang khalifah agar kita tidak terlepas daripada menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah Allah taklifkan untuk kita semua manusia sejagat. Kita memerlukan antara satu sama lain untuk membina kesatuan ummahyang berpaksikan keimanan terhadap Allah subhanahuwataala. Hidup ini indah hanya kerana Islam.

0 Comments to "syukur atas segala nikmat-Mu ya Allah."

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
© Copyright Reserved GemersikSahrawi | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft