(gambar hiasan)
LIMA tahun yang lalu, heboh satu cerita di sebuah kampung tentang seorang pemuda yang memakan cacing. Kampung itu terletak di utara tanah air. Pemuda ini pula dikenali sebagai Seman dan berusia 35 tahun.
Rambut Seman panjang tidak terurus. Sudah dua tahun dia hidup seorang diri. Setiap petang, Seman akan duduk di atas tangga dan apabila ada orang lalu di hadapan rumahnya, dia akan menjerit-jerit memanggil orang tersebut.
Pada waktu malam pula, orang kampung akan mendengar Seman berbual seorang diri kerana khabarnya ada "orang' yang menemani pemuda itu pada waktu malam.
Kisah aneh tentang Seman ini menjadi perbualan ramai. Ada yang percaya dengan cerita tersebut dan ada yang tidak. Namun tidak ada yang berani untuk menjenguk Seman di rumahnya bagi memastikan kesahihan cerita tersebut.
Suatu malam, tiga anak muda memberanikan diri untuk mengintai Seman. Anak muda ini bernama Shamsudin, Sufian dan Aziz. Mereka berusia 20 tahun da merupakan tiga sahabat karib. Mereka tinggal sekampung dengan Seman.
Pukul 10.00 malam itu, mereka bertemu di pekarangan masjid. Setelah membuat persiapan, mereka berjalan kaki menuju ke rumah Seman yang terletak berhampiran kebun pisang. Di pertengahan jalan, mereka mencapai beberapa batang kayu untuk dijadikan senjata sekiranya keadaan berbahaya.
Lebih kurana 56 meter sebelum sampai ke rumah Seman, tiba-tiba angin bertiup kencang. Pokok-pokok pisang di sekitar rumah Seman tiba-tiba bergoyang. Daun-daun kering jatuh berguguran ke tanah. Dan tiba-tiba Juga, mereka lihat seorang wanita tua vang entah dari mana datangnva muncul di hadapan rumah Seman.
Tiga anak muda ini menghentikan langkah mereka.
"Din. kita duduk dulu. Aku takutlah." kata Sufian.
Mereka bertiga duduk bersembunyi di belakang sebatang pokok sambil membacakan avat ayat suci al-Quran. Sambil itu, Aziz memberanikan diri untuk melihat perempuan tua di hadapan rumah Seman tadi.
Dengan bantuan cahaya lampu jalan tidak jauh dari situ, mereka melihat perempuan tersebut membawa sedulang makanan di tangannya. Rambutnya putih menggerbang, dia mengetuk-ngetuk pintu rumah Seman.
Tidak lama kemudian mereka lihat Seman membuka pintu dan keluar. Dia mengambil dulang daripada wanita tersebut, lalu masuk semula ke dalam rumah. Wanita tua tadi berjalan meninggalkan rumah Seman, kemudian hilang dalam kegelapan malam.
Sejurus wanita tua itu menghilangkan diri, Shamsudin, Sufian dan Aziz keluar dari tempat persembunyian mereka dan menuju ke rumah Seman. Sampai di rumah Seman, mereka terdengar suara lelaki itu sedang bercakap dengan seseorang. Dia seperti berbual, namun tidak ada sahutan. Melalui tingkap yang sedikit terbuka, mereka mengintai Seman.
Mereka lihat Seman hanya duduk seorang diri dalam rumah tersebut dengan bertemankan sebuah pelita. Seman bercakap-cakap dalam bahasa yang tidak difahami. Dalam masa yang sama dia menyuap makanan yang terhidang di dalam dulang di hadapannya.
Shamsudin, Aziz dan Sufian memerhatikan makanan di dalam dulang itu. Mereka terkejut, dulang itu bukannya berisi mi goreng, tetapi cacing yang masih hidup. Ia bergerak-gerak dan melengkar ke sana ke mari!
Seman memakan cacing-cacing itu dengan lahapnya. Mereka lihat beberapa ekor cacing menguit-nguit semasa dikunyah oleh Seman. Shamsudin, Sufian dan Aziz rasa bagai hendak termuntah melihat bibir dan tangan Seman dipenuhi lendir cacing tadi.
Tiba-tiba Seman ketawa tanpa henti. HAHAHAHA!!! HAII HAHAHAHA!
Selepas ketawa terbahak-bahak, mereka lihat Seman bangun dan menuju ke tingkap tempat mereka mengintai. Apabila Shamsudin, Aziz dan Sufian bangun, Seman sudah ada di depan mereka. Seman merenung mereka dan menjerit-jerit!
Apa lagi, lintang-pukanglah mereka melarikan diri. Mala itu mereka menumpang tidur di rumah datuk Shamsudin yang terletak setengah kilometer dari rumah Shamsudin yang terletak setengah kilometer dari rumah Seman.
JAM menunjukkan pukul 8.00 pagi. Selesai sarapan, Shamsudin, Sufian dan Aziz berjalan menuju ke rumah Seman untuk memastikan lagi apa yang dilihat malam tadi.
Rumah Seman sunyi sepi. Shamsudin, Sufian dan Aziz menuju ke tingkap tempat mereka mengintai Seman. Di bawah tingkap itu mereka lihat ada sebiji dulang yang kotor. Di atas dulang itu pula terdapat sisa-sisa cacing, ada yang sudah mati, dan ada juga yang maSih hidup. Di dalam dulang itu juga ada kesan muntahan manusia!
Sah, malam tadi Seman memakan cacing. Mereka hergegas meninggalkan rumah Seman kerana bimbang lelaki itu akan mengamuk apabila mendapat tahu mereka mengintainya.
Siapakah Seman? Kenapa dia memakan cacing? Siapa pula wanita yang menghantar dulang kepadanya malam tadi?
Sebenarnya, sebelum ini Seman tinggal bersama ibunya yang bekerja sebagai penoreh getah. Namun, dia menjadi tidak siuman setelah ibunya meninggal dunia. Sejak itu Seman hidup seorang diri di rumah itu.
Pada siang hari, Seman hanya bertenggek di atas tangga dan menjerit-jerit memanggil sesiapa sahaja yang lalu di hadapan rumahnya. Pada malam hari pula, dia duduk di dalam rumah seorang diri menunggu wanita tua datang membawa sedulang makanan untuknya.
Kehadiran wanita itu menimbulkan ketakutan di kalangan penduduk kampung itu kerana ia menyerupai arwah ibu Seman. Wanita itu pula muncul dan menghilang dalam sekelip mata sahaja.
Seman bukanlah anak yang baik. Sewaktu ibunya masih hidup, Seman sentiasa meminta wang daripada ibunya itu. Seman juga kerap menipu ibunya semata-mata inginkan duit kerana dia tidak bekerja.
Pernah beberapa kali ketika sedang sakit, ibunya telah meminta Seman membeli nasi di kedai kerana dia tidak terdaya untuk memasak. Memang Seman pergi ke kedai makan, tapi bukan untuk membeli nasi dan lauk-pauk, sebaliknya dia mengutip sisa-sisa makanan di dalam pinggan orang.
Setelah itu Seman membungkusnya dan membawa balik. Dengan cara itu, Seman dapat mengambil sepenuhnya duit yang diberikan ibunya.
Kasihan... ibunya menjamah sahaja sisa-sisa makanan yang dibawa pulang oleh Seman kerana tidak berupaya lagi hendak bangun. Keadaan ini berlaku beberapa kali. Setiap kali makan, ibunya akan kesakitan. Namun Seman tidak menghiraukannya.
Suatu hari, ketika pulang dari kedai, Seman terkejut apabila mendapati ibunya sudah tidak bernyawa lagi. Wanita tua itu meninggal dunia kerana uzur dan Seman mengabaikan makan minum serta kesihatannya. Seman menangis, dia meraung meminta maaf daripada ibunya.
Bermula dari saat itulah Seman menjadi tidak siuman. Dia melolong-lolong memanggil orang dan pada malam hari, dia dijamu cacing oleh seorang wanita tua berambut putih yang menyerupai arwah ibunya.
Kehidupan Seman tidak terurus. Keadaan dirinya amat mengerikan orang yang melihat. Kepada penduduk kampung, inilah balasan terhadap anak derhaka yang menipu ibunya semasa hidup!
sumber: mastika
Catat Ulasan