selamat datang~ahlan wasahlan~welcome to my blog



BISMILLAH-ANIMATION.gif

10 sifat isteri solehah

Nuurul Eiffah Binti Mohamad Noor | Isnin, 8 Mac 2010 9:55 PG

Mari kita hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.
Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.



Pertama : berkhidmat dengan rasa puas dan ikhlas.

Kedua : taat dengan baik kepada suami.

Ketiga : memerhatikan tempat pandangan matanya dan jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu.

Keempat : memerhatikan tempat bau yang diciumnya dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima : memerhatikan waktu tidur kerana tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Keenam : memerhatikan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan juga boleh menimbulkan rasa marah.

Ketujuh : menjaga hartanya

Kelapan : memelihara kehormatan serta keluarganya.

(Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.)

Kesembilan : jangan membangkang perintahnya (Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya.)

Kesepuluh : jangan membuka rahsianya. ( Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.)

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

0 Comments to "10 sifat isteri solehah"

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
© Copyright Reserved GemersikSahrawi | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft