selamat datang~ahlan wasahlan~welcome to my blog



BISMILLAH-ANIMATION.gif

PURDAH alias NIQAB

Nuurul Eiffah Binti Mohamad Noor | Ahad, 21 Februari 2010 8:26 PG
Salam buat sahabat sekalian...

apa itu niqab?cara pemakaian niqab? ada yang katup mata sebelah,ada yang tutup dua2 mata dan ada yang menampakkan kedua-dua mata.

























APAKAH HUKUM BERNIQAB ?

a) Firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31

وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Maksudnya: “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.

b)Dalam riwayat-riwayat yang lain disebut:

فَإِذَا رَأَى أَحَدُكُمُ امْرَأَةً فَأَعْجَبَتْهُ فَلْيَأْتِ أَهْلَهُ فَإِنَّ ذَاكَ يَرُدُّ مِمَّا فِي نَفْسِهِ

“Apabila seseorang kamu melihat seseorang wanita yang mengkagumkannya, maka datangi isterinya, kerana itu dalam menyelesaikan apa yang ada dirinya” (Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Baihaqi, Ahmad, lafaz hadith di atas ialah lafaz al-Imam Ahmad).

Jika kita teliti hadith ini, kita akan bertanya, “bagaimana mungkin kecantikan wanita zaman tersebut boleh menarik perhatian lelaki jika mereka semua menutup wajah atau berpurdah?. Ini menunjukkan mereka tidak menutup wajah mereka.






Fatwa Mufti Mesir :

Fatwa berkenaan pemakaian purdah ini telah lama dikeluarkan oleh mufti Mesir Dr. Ali Jum’ah di dalam bukunya yang bertajuk “Al-Bayaan”. Berikut adalah ringkasan fatwanya :

Jumhur Ulama mengatakan bahawa seluruh tubuh wanita adalah aurat kepada lelaki bukan muhrim kecuali muka dan pergelangan tangan. Demikian kerana wanita juga berhajat kepada berbagai urusan harian dengan kaum lelaki seperti jual beli. Jadi hukum memakai purdah mengikut jumhur adalah sunat.

Dallil Jumhur : Firman Allah Taala yang bermaksud : “dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya”. (An-Nur : 31)

‘Yang nampak dari padanya’ dalam ayat di atas bermaksud tempat perhiasan dapat dilihat. Celak merupakan perhiasan wajah manakala cincin pula perhiasan tangan. Kedua-duanya tidak dapat disembunyikan.

Cara berpakaian berkait rapat dengan adat sesuatu kaum. Dengan melihat keadaan semasa di Negara Mesir, adalah lebih sesuai berpegang kepada pandangan jumhur yang mengatakan tidak wajib memakai purdah. Wanita yang menutup wajahnya dengan purdah dipandang asing dalam masyarakat hari ini dan menjadi punca kepada perpecahan. Adapun bagi kaum wanita yang berada di dalam masyarakat yang berpegang kepada mazhab Hanbali, ianya tidak menjadi masalah. Menutup muka pada mereka adalah adat yang berbetulan dengan mazhab yang dipegang.

Oleh yang demikian pandangan yang dipilih adalah pandangan jumhur ulama yang membolehkan wanita menampakkan wajah dan kedua pergelangan tangannya. Jika dengan memakai purdah, boleh menyebabkan perpecahan atau untuk menunjukkan diri seorang yang warak, maka ia akan menjadikan hukum asal iaitu sunat beralih kepada bida’h.

Pemakaian purdah bagi penduduk Malaysia yang bermazhab Syafii, adalah tidak wajib bagi mereka memakainya. Begitu juga dengan pelajar-pelajar Malaysia yang sedang belajar di Universiti Al-Azhar.

Jadi pelajar-pelajar Malaysia berpurdah yang belajar di sana tidak perlu terkilan dengan keputusan yang telah dibuat oleh Syeikhul Azhar itu. Bahkan harus menurutinya demi untuk mengelakkan perpecahan seperti yang telah dijelaskan oleh Mufti Mesir.

Pandangan akhir saya,

Seandainya dengan berniqab lebih menjaga diri seseorang wanita dan bebas daripada berlakunya perpecahan sepertimana yang dijelaskan Mufti Mesir,adalah diharuskan.

Sekian Wassalam.

0 Comments to "PURDAH alias NIQAB"

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
© Copyright Reserved GemersikSahrawi | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft