Dalam Islam, wanita mempunyai berbagai hak seperti yang ada pada kaum lelaki. Kita dapat melihat contohnya di dalam beberapa perkara berikut:
1. Hak dalam Bidang PolitikTiada ayat atau hadith yang melarang wanita aktif di dalam dunia politik. Sebaliknya al-Quran dan hadith banyak mengisyaratkan kebolehan wanita dalam dunia tersebut.
Surah at-Taubah 9:71 menyatakan:
‘Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah
dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.’
Perkataan auliya’ dalam ayat tersebut, menurut Dr. Quraish Shihab, merangkumi kerjasama, bantuan dan penguasaan; sedangkan ‘menyuruh mengerjakan yang ma’ruf’ merangkumi segala segi kebaikan termasuk memberi kerjasama dan kritikan terhadap kerajaan.
Dalam beberapa riwayat telah disebutkan bagaimana kaum wanita semasa permulaan Islam banyak memegang peranan penting dalam kegiatan politik.
Bahkan dalam Surah al-Mumtahanah 60:12 membenarkan wanita bergiat di dalam politik:
‘Hai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia, bahawa mereka tidak akan mempersekutukan sesuatu pun dengan Allah; tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka dan tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan mohonkanlah ampunan kepada Allah untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’
Isteri-isteri Rasulullah, terutama Aisyah, telah menjalankan peranan yang penting dalam politik. Selain Aisyah, ramai wanita lain yang terlibat dalam politik sebagaimana terlibatnya mereka di medan perang.
Ramai dari mereka yang telah gugur di medan perang seperti Ummu Salamah (isteri Rasullulah), Shafiyyah, Lailah al-Ghaffariyah dan Ummu Sinam al-Aslamiyah. Wanita yang turut terlibat dalam dunia politik ketika itu adalah seperti Fatimah binti Rasulullah, Aisyah binti Abu Bakar, Atika binti Yazid ibn Mu’awiyah, Ummu Salamah binti Ya’qub, al-Khaizaran binti Athak dan sebagainya.
2. Hak untuk BekerjaSeperti dalam bidang politik, tiada larangan bagi wanita untuk bekerja samada di dalam atau di luar rumah, secara bersendirian atau berkumpulan, di pejabat kerajaan atau bidang swasta – selagi pekerjaan tersebut dilakukan dalam suasana terhormat, sopan dan memelihara
agamanya. Dia juga harus menghindari apa-apa kesan negatif terhadap diri dan persekitarannya.
Islam memberi kaum wanita kebebasan untuk bekerja selagi mereka memenuhi syarat dan mereka mempunyai hak untuk bekerja dalam apa-apa bidang yang halal. Perkara ini terbukti pada zaman Rasulullah di mana kaum wanita telah terjun dalam pelbagai bidang pekerjaan.
Contohnya Khadijah binti Khuwailid (isteri Rasulullah) yang dikenali sebagai pengusaha, Zainab binti Jahsy yang bekerja sebagai penyamak kulit binatang, Ummu Salim binti Malhan yang tekun sebagai mak andam, isteri Abdullah ibn Mas’ud dan Qillat Ummi Bani Anmaar
yang dikenali sebagai ahli perniagaan yang berjaya, al-Syifa yang bekerja sebagai setiausaha dan pernah diberi tugas oleh Khalifah Umar ibn al-Khattab sebagai petugas untuk mentadbir pasar kota Madinah dan ramai lagi.
Kaum wanita amat aktif pada zaman Rasulullah dan Aisyah pernah berkata; ‘Alat pemintal di tangan wanita lebih baik daripada tombak di tangan kaum lelaki.’ Dalam satu riwayat lain, Rasulullah pernah mengatakan: ‘Sebaik-baik permainan seorang Muslimah di dalam
rumahnya adalah memintal/menenun.’
Pekerjaan yang menjadi kontroversi bagi wanita adalah sebagai pemimpin negara. Sebahagian ulama masih menganggap jawatan ini tidak layak disandang oleh seorang wanita namun kalangan masyarakat yang menyokong pendapat ini semakin berkurangan. Bahkan al-
Maududi yang dikenali sebagai ulama yang mempertahankan ajaran Islam secara tekstual telah memberi sokongan kepada wanita menjadi Perdana Menteri di Pakistan. Begitu juga Al-Imam Yusuf Al-Qaradhawi melihat positif mengenai penglibatan wanita di dalam pentadbiran negara.
Aktivis semasa zaman Rasulullah yang disebut di dalam buku-buku hadith (Kutub as-Sittah) banyak memasukkan bab-bab khusus mengenai wanita, contohnya dalam kitab Sahih al-Bukhari, mengandungi beberapa bab perbahasan mengenai wanita.
3. Hak Mendapat PendidikanKalimah pertama yang diturunkan dalam al-Quran adalah kalimah perintah, iaitu perintah untuk membaca (iqra’), lalu disusul sumpah pertama Allah dalam al-Quran iaitu: Nun wal-qalami wa ma yasthurun [Nun, demi kalam dan apa yang dituliskannya] (Surah al-Qalam 68:1).
Perkara ini menegaskan betapa pentingnya ilmu pengetahuan dalam Islam. Perintah untuk menuntut ilmu pengetahuan tidak hanya kepada lelaki tetapi juga kepada kaum wanita. Ini ditegaskan dalam hadith yang popular: ‘Menuntut ilmu pengetahuan difardukan kepada kaum
Muslim lelaki dan wanita.’
Al-Quran dan hadith banyak memberikan pujian kepada lelaki dan wanita yang mempunyai prestasi dalam ilmu pengetahuan. Dalam satu riwayat disebutkan bahawa Rasulullah pernah didatangi sekelompok wanita yang memohon kesediaan Rasulullah memberi masa untuk
mengajar mereka. Dalam sejarah Islam klasik juga boleh ditemui beberapa nama yang menguasai ilmu pengetahuan yang penting seperti ;
-Aisyah isteri kepada Rasulullah,
- Sayyidah Sakinah, puteri Husain ibnAli ibn Abi Thalib,
- al-Syekhah Syuhrah yang digelari Fikhr an-Nisa’(kebanggaan kaum wanita) yang juga ialah salah seorang guru ImamSyafi’e,
-Mu’nisat al-Ayyubi (saudara Salahuddin al-Ayyubi),
Syamiyat at-Taimiyah, Zainab (puteri sejarahwan al-Baghdadi),
-Rabi’ah al-Adawiyah dan lain-lain.
Kebebasan wanita untuk menuntut ilmu pengetahuan banyak dijelaskan dalam hadith, seperti hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad. Ia menyatakan bahawa Rasulullah melaknat wanita yang menyerupai lelaki tetapi tidak dilarang mengadakan penyerupaan dalam hal kecerdasan dan amal ma’ruf.
Catat Ulasan