selamat datang~ahlan wasahlan~welcome to my blog



BISMILLAH-ANIMATION.gif

WANITA DALAM ISLAM

Nuurul Eiffah Binti Mohamad Noor | Khamis, 18 Februari 2010 9:51 PG
Islam mengakui adanya perbezaan di antara lelaki dan wanita tetapi Islam tidak membenarkan diskriminasi di antara mereka. Perbezaan yang ada adalah berdasarkan keadaan fizikal-biologi wanita yang ditakdirkan berbeza daripada lelaki. Namun perbezaan itu tidak bermakna Islam memuliakan salah satu di antara mereka dan merendahkan yang lain. Ajaran Islam tidak membezakan secara terperinci faktor perbezaan lelaki dan wanita tetapi melihat kedua insan tersebut secara menyeluruh.
Secara biologi dan sosio-peradaban, kedua-dua memerlukan dan masing-masing mempunyai peranannya sendiri. Sesuatu peranan mungkin boleh dilakukan oleh kedua-dua makhluk seperti kerja pejabat, tetapi ada peranan tertentu yang hanya boleh dilakukan oleh satu
jantina sahaja, seperti hamil, melahirkan dan menyusui anak yang hanya boleh dilakukan oleh wanita. Terdapat juga peranan yang lebih khusus kepada lelaki iaitu pekerjaan yang memerlukan tenaga otot yang lebih besar.

Islam telah memainkan peranan yang besar dalam menaikkan status dan martabat wanita. Di dalam masyarakat sebelum kedatangan Islam, wanita diperlakukan sebagai ‘barang’ yang hampir-hampir langsung tidak mempunyai hak. Islam pula memperlakukan wanita sebagai ‘manusia’ yang mempunyai hak-hak tertentu sebagaimana layaknya kaum lelaki.

0 Comments to "WANITA DALAM ISLAM"

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
© Copyright Reserved GemersikSahrawi | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft